Dua Ribu Empat Belas

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Lamanya tak bersiaran. Kekok [blueeekkkk!]
Ngam 6 bulan tak update blog.
Dalam masa 6 bulan ni macam-macam perkara yang berlaku. Ada atas pilihan sendiri, ada juga yang tidak diundang. Semuanya mewarnai kehidupan.

Dalam masa 6 bulan ni, dah pun selamat pindah hosting. Nyaris-nyaris lindarosman.com bertukar jadi lindarosman.net. Hosting lama amat la lembab perkhidmatannya. Hosting baru, setakat sekarang memang memuaskan hati. Kalau ada kemoskilan tak amik masa yang lama untuk selesaikan.

Dalam masa 6 bulan ni, mummy dakEpal jadi budak sekolah balik. Pagi-pagi nyanyi lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu patriotik, baca ikrar, tazkirah pagi sampai la… lompat bintang soploh kali dalam kiraan tiga. Kau ado? kehkehkeh!!! Part paling seronok – Adeeb, tolong tengok baju sekolah mummy dah kering lom!

Dalam masa 6 bulan ni, mummy dakEpal dapat kawan-kawan alam nyata yang baru. Kawan-kawan yang sama minat. Macam-macam perangai, macam-macam pesen. Tapi cam biasa la, ada boleh masuk – ada tak boleh masuk. Faktor usia katakan.. ahaks!

Dalam masa 6 bulan ni, Adam dah lebih tinggi dari mummy dia. Adeeb dah demok. Dia marah kalo tegur saiz badan dia. Adief dah tak hisap botol lagi. Cemerlang! DakEpal? Mak ai.. dah pandai berkungfu. Pitam omak eh!

Alahamdulillah
Berlalu sudah 2013.
Mari sudah 2014.

Apa azam tahun baru?
Soalan klise kan?
Tetiap tahun berazam.
Belum sampai hujung tahun azam padam.
Kita tukar – apa perancangan tahun baru. Mahukan perlaksaan atas perancangan yang telah diatur. 6 bulan pertama 2014 – mau tekan enjen kuasa kuda secara konsisten. 6 bulan kedua 2014 – mau masuk sekolah balik.

Apa perancangan tahun baru kamu orang?

Hari terakhir

Kita tinggalkan sebentar kisah di pantai Sri Purnama. Ada masa, sambung. Takde nafsu, biarkan cerita itu tergantung hihihi!!!

Kita tinggalkan juga sebentar perihal rumah yang siap dibaikpulih selepas rumah kami terbakar Disember tahun lepas. Insyaallah, akan dikongsi bersama untuk ingatan buat anak-anak jika kami tiada di bumi lembah kelak. Bila? Jangan ditanya. Susah nak jawap.

Hari terakhir.
Akhirnya hari yang dinanti-nantikan tiba. Berminggu duk hitung hari macam orang dalam pantang. Seksa ooo nak tunggu 44 hari tu lepas. Harini hari terakhir kakngah kamu orang makan gaji. Yippieeeee!!!

Selepas fikir sedalam-dalamnya, kakngah amik keputusan untuk tidak sambung kontrak. Setahun kakngah jadi workshop girl, memang tak boleh pergi dah. 3 bulan pertama struggle nak sesuaikan diri dengan paperwork. Bukan sebab tak boleh nak buat, tapi sebab takde passion nak buat. Jari ketik keyboard, hati dan jiwa duk terkenangkan enjen kuasa kuda. Bila dah takde minat, apa benda buat pun semua rasa berat.

Masa terima tawaran bekerja semula dulu memang separuh hati je nak makan gaji. Terima sebab wang raja di hati manusia. Siapa taknak duit. Siapa tidak tergoda dengan tawaran lumayan yang membuatkan harimau mengaum setiap 26hb tanpa gagal. Tapi, duit tidak boleh beli jiwa. Jiwa kakngah bukan lagi mengadap paperwork… mengejar dateline…
Bukan lagi!

Insyaallah, kakngah akan sambung semula rancangan terrgendala tahun lepas.

Lusa nak g GIAT MARA, amik borang. Nak mohon sekali lagi. Sebenarnya kakngah dah pun dapat tawaran dalam fashion dand dress making course dari GIAT MARA tahun lepas. Harap-harap tak disenaraihitamkan la. Memandangkan dah masuk semula rumah yang terbakar tu, rumah lembah officially jadi my work station. Rupa sewing studio tu dah ada. Tinggal nak touch-up sikit-sikit. Job gedek-gedek-gedek pun ada menanti. Alhamdulillah.

[Tarik nafas dalam-dalam]

Sekali lagi kehidupan kakngah berubah. Dari working mom ke SAHM. Dari SAHM ke working mom semula. Dari working mom ke WAHM pulak. Harap pilihan kali ini adalah tepat.
Doakan kakngah ya.

… dan …

Buat apa yang kita minat – itu adalah nikmat.
Kakngah tengah merasa.

Bermula di situ…

anak kakngah

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Bersambung dari n3 sebelum ni…

Kami orang pusing kat kawasan pantai Sri Purnama tu sekejapan je. Masa nak pusing naik bukit keluar dari kawasan pantai, tetiba keter berbunyik kuar. Krak-krak-krak-krak. Cam ada benda tersagat. Kami orang berpandangan sesama sendiri.
Ah! sudah!
Mummy dakEpal fikir spare tyre cicir sebab sebelum tu pak dakEpal ikat ngan dawai je sebab skru pengikat dah hilang. Mummy pun turun dari kereta sebab beliau adalah penyumbang keberatan utama.

Selepas siasatan awal, pak dakEpal buat kesimpulan gearbox adalah pecah. Kereta memang tak boleh gerak langsung.
OMG!
Otomatik mud down.

pantai sri purnama Continue Reading →