1 tahun

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Makin hari makin jarang post n3. Ntah la.. menjak bekerja semula ni mud berblogging makin merundum. Dulu, kalau boleh wajip 1 hari 1 n3. Ada sekali tu kemaruk kejar traffik, penuh banglo ni dengan n3 sokabar-majalah-mangga. Sekarang ni, semua n3 sokabar-majalah-mangga dah kene delete. Bagi ruang lega sikit.

raissa

Cik tuan puteri pucuk kalompang, bangun tengahari montot berlobang ni… udah genap 1 tahun usianya hari ni. Jarang betul gebang pasal milestone dakEpal ni. Apa nak buat.. mud blogging mummy dia ke lombong sudah.

Raya haritu dapat duduk sendiri dia. Raya haritu gak 2 gigi kapak di atas dan 2 gigi cinonet yang senget di bawah keluar sepenuhnya. Selang sebulan lepas tu, mula merangkak.

berlumuran muntah

Bulan September, dakEpal kene cirit-birit-muntah-muntah tanpa diketahui apa puncanya. Satu menda pun tak boleh masuk. Asal masuk – kuar balik. Takde menda yang boleh kuar lagi. Hujung-hujung kuar lendir air kuning je.

Saing-saing la dengan Adief. Malam tu sampai pukul 12 tengah malam kami orang kat hospital. Sebbaik tak kene tahad wad. MA cakap, faktor environment yang buat budak 2 orang tu kene cirit-birit-muntah-muntah.

adief & raissa

Sekejapan nampak kecut budak 2 orang ni. Jam tu, anak sakit, mak yang MC. Nak buat camne, cuti tahun tak berapa nak ada. Rasa cam tak nak keje je bila anak-anak tak sihat tetiba. I wish laaa…

Dalam bulan Oktober pulak dakEpal mula meniti. Boleh dah berdiri dengan berpaut kat mana-mana. Port kegumbiraan, depan tv dan meja sebelah tv. Pantang atas meja tu ada benda. Kompem dia campak ke bawah.

kacau budak ngaji

Lepas tu duk ngacau bebudak ngaji. Asalkan orang bukak esbok, kemain laju dia mengejar. Duk berdiri depan esbok. Pandai dah bukak esbok sendiri tu.

November – merangkak pulak dah tak ngan lutut. Ngan tapak kaki je. Mak chek cakap lutut geli hihihi!!! Sila la tuan-tuan-puan-puan membayangkan ye! Baru-baru ni dia dah perasan kewujudan tangga hijau ittew. Terkezut mak dia boleh manjat tinggi gitu nakk….

panjat tangga

Aha! Lagi satu port kegumbiraan dakEpal, celah enjen kuasa kuda mummy dia.
Kan!!? kan!!?
Gumbira sungguh dia kat celah enjen itu!
Pak dia pesan hati-hati menekan enjen bila anak bertenggek kat kaki enjen. Takut jari masuk celah conveyor enjen. Memang sangat-sangat alert bila kita menekan, dia di situ.

celah mesin

Oh ya.. gigi dah bertambah lagi 2 menjadikan 4 di atas dan kekal 2 di bawah. Kelihatan sangat comel sekali beliau. Aaahhh.. ibu mana yang tak cakap anaknya comel.

Tiap kali on d way balik, biasanya dia akan duk ontok-ontok sambil nyanyi-nyanyi dari rumah mak yong sampai la lembah. Syaratnya – mummy tak boleh pandang dia. Kalo tak dia nak lompat kat mummy. Dia nangis-nangis suh mummy amik dia.

Tapi dalam minggu lepas buat perangai dalam kete. DakEpal meroyan takmo duk dendiam dalam car seat. Akal mummy tak pandang dia udah tidak berkesan lagi.

dalam car seat

Bila percubaan dia menarik perhatian mummy tidak berjaya, dakEpal menggunakan kuasa sakti beliau.

MELALAK!!!~

bayi melalak

ALhamdulillah, genap sudah usia Raissa Saafia Rosman 1 tahun. Masih lagi kekal dengan susu ibu. harap dapat berterusan lagi 12 bulan.

Haritu mummy dakEpal nyaris putus asa akibat dari kemerosotan hasil tenusu. Dah ajak pak dakEpal beli fm malam tu sebab stok ebm memang kritikal sesangat. Pak dakEpal bawak gak keluar g supermarket. Tak beli pun fm tapi. Dah tu, Spectra 3 yang maklang bagi pakai buat perangai. Dah hantar servis, sekejap je oknya. Demi anak, gigih mummy dapatkan wishlist no. 1. Yippiiieee!!~

Atas disiplin diri, pastikan minum air lebih 3 liter sehari, amalkan pemakanan yang boleh meningkatkan susu, power pumping, tandem pumping/nursing, jaga emosi, doa dan tawakal… syukur sesangat. Hasil tenusu mencukupi walau pun tak semeriah dulu. Selalu ingatkan diri – susu anak aku tak banyak takpe, janji anak aku kenyang!

raissa tidur

Birthday girl pagi tadi ond way g rumah mak yong.
DakEpal masih belum pandai sebut ‘mummy’ lagi. Pandai sebut baba tapi. Jeles. Baba, aba, apang, nen-nen-nen, mam-mam-mam… Itu jek la kot. Tak banyak sukukata yang boleh dia sebut.

Untuk anak dara kesayangan mummy – puteri baba,

Selamat hari lahir yang pertama.
Semoga anak mummy anak baba menjadi anak yang soleh yang akan membahagiakan mummy dan baba. Jadi insan yang disenangi ramai.
Kita tidak kaya harta takpe, janji kaya budi bahasa.
Seperti biasa, macam abang-abang yang lain, kita sambut birthday kat rumah mak k!
Sayang Raissa ketat-ketat!

Incoming search terms:

  • baju khawin bermanik
  • baju tunang warna kelabu
  • gambar terbaru ally iskandar
  • Teman Tapi Mesra
  • contoh baju pengantin royal blue
  • menu hari jadi kanak-kanak 1tahun
  • menu hari lahir anak setahun
  • ULANGTAHUN PERTAMA PERKAHWINAN FARAH LEE

20 thoughts on “1 tahun

  1. shaza

    Selamat hari lahir Raissa@dakEpal.. Semoga membesar dengan sihat.. Mummy ade buat makan busat tak?

    p/s- ngeri betul aku nengok gambo dakEpal panjat tangga tu.. kena pemantauan lebih rapi..

    Reply
    1. kakngah Post author

      tu la… aku terkujat ko tgk dia panjat tangga tu. aku perhatikan je sambil stanby kt blkg dia.. kemain tinggi dia panjat nok….

      makan busat ini malam, pak dia yg sponsor.
      ini hari bapak sudah gaji hahaha!!!

      Reply
    1. kakngah Post author

      haaa…. itu muntah beliau. aku tak sempat nk tadah muntah dia ngn besen. dia tido meniarap gitu… tetiba muntah. aku amik gambar dulu, baru clearkan muka dia.. :P

      Reply
  2. Ummi Hanie

    hepi besday dakEpal… meh comolot sket… ahaksss ~

    gitule nak membesorkan anak kan… dari sekecik tpk tgn, nak capai ke satu2 tahap tu mcm2 prkembangannya… kejap sihat kejap idak… tp itu sume yg bikin kite trsenyum :)

    samele dgn dak hzuaifah. fasih sebut “abah”. nak sebut “ummi” mmg jauh lah :p
    Ummi Hanie recently posted..Abang dah berkhatan jadi anak bujang

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge