11 April Diisytihar Hari Kelepasan Am Sempena Hari Pertabalan Agong

KUALA LUMPUR: Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 11 April depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan berkata pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Sidek berkata dua acara utama akan diadakan sempena pertabalan Seri Paduka iaitu Istiadat Pertabalan pada sebelah pagi dan Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam, kedua-duanya di Istana Negara.

Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Dis lepas, menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Nov 2011. – BERNAMA

Incoming search terms:

  • pertabalan agung 2012
  • hari pertabalan agong 2012
  • pertabalan agong 2012
  • pertabalan agung
  • cuti pertabalan agung 2012
  • HARI PERTABALAN AGUNG
  • hari pertabalan agung 2012
  • pekeliling cuti 11 april 2012
  • pertabalan yang dipertuan agung
  • pekeliling cuti pertabalan agong 2012
Did you like this? Share it:

3 comments

  1. azieazah says:

    Yeayy! Yeayy! cuti! cuti!!
    azieazah recently posted..Entri Penghargaan lagi…

  2. ~azatie~ says:

    salam k.ngah.masa tu…Mmg dah nk cuti sekolahkan anak2 kita.

    Sweeeeeeeeeynyaaaaa gambar header tu!!k.atie sukerrr
    ~azatie~ recently posted..Little Chef Giveaway

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge