.

SEREMBAN, 7 Julai — Sementara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan sambutan Hari Peneroka di Pahang hari ini, seramai 113 peneroka pagi ini memfailkan kes ke atas Felda dan pengurusan kanannya mendakwa mereka ditipu.
Diketuai pemilik tanah getah Jalil Othman, 57, dari Felda Palong 9 memfailkan kes di Mahkamah Tinggi di sini — ke atas Felda dan pengurus kawasan mereka dengan mendakwa pihaknya ditipu keuntungan melibatkan RM1.5 juta.
Mereka mendakwa defendan pertama telah abai dan cuai menjaga kepentingan plaintif-plaintif yang telah menyebabkan plaintif mengalami kerugian dan kehilangan.
Malah mereka juga mendakwa Felda dan pengurusnya “membuat representasi dan salah nyata” bahawa harga RM33,000 bagi setiap peneroka adalah harga paling tinggi dan berpatutan ikut harga pasaran.
Mereka menamakan sembilan defendan, Felda, pengurus Felda Palong 9 Saleh Muhidin, dan ketua kampung Osman Parman yang juga ketua cawangan Umno.
Dalam kenyataan tuntutan mereka, kumpulan itu berkata mereka dimaklumkan oleh Saleh dan anggota JKKR — yang juga badan membuat keputusan Felda setempat — pada satu mesyuarat 16 Mac tahun lalu bahawa projek untuk memproses pokok-pokok getah yang ditebang akan dianugerahkan menerusi tender terbuka dan ia akan memilih pembida tertinggi.
Pegawai khas pengarah Felda, Datuk Ramli Ismail, juga hadir pada mesyuarat itu, kata kenyataan tuntutan mereka.
Syarikat LBJ Global dianugerahkan projek itu pada harga bidaan RM8,205 sehektar atau RM33,000 setiap peneroka — paras harga didakwa lebih rendah daripada harga siling yang dipersetujui.
Setiap peneroka mempunyai kawasan seluas 10 ekar (empat hektar).
Peguam T. Kumar yang memfailkan kes bagi pihak 113 peneroka berkata pelanggannya tidak berpuas hati kerana urusan Felda itu tidak telus.
“Mereka merasakan ditipu,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
sumber : The Malaysian Insider
Incoming search terms:
- felda palong 9
- palong 9
- peneroka saman felda
- pengurus felda
- alamat jkkr felda palong pahang
- tender felda
- masalah felda palong 8
- kampung palong 9 addres
- felda ditipu
- duit 5000 felda palong satu












tiba2 senyap aje sok…..
Azrina3.7 recently posted..ANAK YATIM
@Azrina3.7,
kene pandai guna saluran yg betul utk tangani masalah…
mcm2 hal
el recently posted..Puding Roti Oreo Hujung Waktu
@el,
donia.. donia…
eh ada abag den dalam itu gambar lah.. hayo yo…
aku recently posted..Mestikah jadi skandal ?
@aku,
yg mano satu gak eh tu…..
apo kono tu jang…
GreenApple recently posted..BENAK
@GreenApple,
apo laei..
baco la…..
jgn ingt sume pnroka bdoh….kmblikn hak bpak aku n bpk org lain…
@daniel,
Assalamualaikum. wahai saudara daniel. sebelum mengetahui perkara sebenar adalah sebaik-baiknya saudara mengkaji kembali case ini setelusnya kerana orang yang berkata menggunakan mulut adalah lemah dalam isi akalnya. semoga Allah memaafkan saudara. Amin
jgn ingt sume pnroka bodoh…kmblikn blk hak bapak aku n bapak org len…
Yg penting jgn lupa pengorban Felda semasa Peneroka Merayu2 memohon nk jd Peneroka…
kutooobamboo recently posted..BAJU KUNING BAGI RAHMAT PADA PM
kalau betul betul saman jangan keluar surat kabar dulu afidivitlah dahulu , baru sodap singsing lengan