3 hari 2 malam di cherangin hills convention & spa resort, janda baik, pahang

.

adam sekarang ada school holiday programme di cherangin hills convention & spa resort, janda baik, pahang selama 3 hari 2 malam. harini dah masuk hari ke 2 adam di sana. program ini adalah anjuran kumpulan majikan Abem untuk anak-anak pekerja yang berusia antara 10 hingga 17 tahun. yang istimewanya sebahagian besar kos program ini ditaja oleh majikan. rugi la sape yang tak amik peluang ni…

pagi semalam kakngah hantar adam ke PJ. tempat berkumpul sebelum bertolak ke cherangin hills convention & spa resort, janda baik, pahang. takde maknanya nak g hantar sendiri bawak anak gajah sensorang sampai PJ. naik van majikan abem… hihihi!! dari sini ada 5 orang anak-anak yang pergi termasuk adam. kakngah sorang jek yang meneman bebudak tu. mak ayah yang lain banyak urusan.

adam

sampai sana, kakngah uruskan sekali pendaftaran dan pembayaran semua. kesian bebudak tu.. orang lain semua mak ayah hantar. diorang bawak diri sendiri jek.

sarapan

sementara beratur untuk daftar, kakngah suh bebudak tu sarapan. memang ada disediakan sarapan kat situ… adam jek yang tak nak sarapan sebab dah sesiap sarapan kat rumah. dia kenyang lagi.

berkumpul

kan.. kan.. ramai mak ayah yang datang. ada yang bawak nenek sekali hihihi!! ini yang kat dalam jek.. yang kat luar pun ada gak. mana tak ramainya.. jumlah peserta yang pergi semuanya 120 orang.

bas hijau

sementara tunggu masa, cek nama memasing naik bas yang mana dan masukkan beg sesiap. setel jek masukkan beg, adam terus salam mummy dia. adeh.. anak aku ni tak sesabo nak pergi…

briefing

sebelum bertolak dari PJ menuju ke cherangin hills convention & spa resort, janda baik, pahang semestinya sessi taklimat dan bacaan doa. si adam bersungguh-sungguh berdiri di kalangan bebudak rendah tu sebab tak sesabar nama kene panggil kehkehkeh!!

nak naik bas

tengok tu… sikit pun tak toleh kat mummy dia…

bas jalan

gedebak! gedebuk! gedebak! gedebuk! bas gerak pukul 9.30 pagi walaupun kat notis dah dimaklumkan supaya semua menepati masa sebab bas akan bergerak tepat jam 9.00 pagi. stended…

harap-harap adam enjoy kat sana sepanjang 3 hari 2 malam ni. memula dia berat hati gak nak pergi. macam-macam alasan dia bagi. toilet jauh la.. susah nak mandi la.. ramai orang la.. mungkin dia teringat yang dia camping kat dalam hutan tahun lepas.

malam tadi dia ada call guna fon room mate dia. semuanya ok. makan bes katanya.. kehkehkeh!! lega hati dengar suara ceria adam. petang esok baru adam balik. kene amik dia kt PJ jugak la…

mummy… mummy tak hantar makanan kat abang ke….

alahai…. sayang jugak faizal kat abang dia. kalau depan mata tu, asek bergaduh jek.. dah rindu abang la tuh!

22 Thoughts on “3 hari 2 malam di cherangin hills convention & spa resort, janda baik, pahang

  1. kata je jam 9…
    tu la janji melayu ke tak??
    heheh

  2. igtkan g honeymoon kt jandabaik
    kehkehkehhh

  3. alaaa..faizal tu yg bona ea dio yg nak poi kan?

  4. aku tak tau kenapa..

    tapi aku ter touching dengan ayat ni..

    ‘mummy… mummy tak hantar makanan kat abang ke….’

    huhu..

  5. Janda baik best…..

    E.coli kebal

  6. anak akak dulu cam tu ye kak ngah.masa ada kem motivasi
    .sekali bile balik.siap cakap..kalau ade.. nak pegi lagi..

    • @kak erna,

      haa.. baru tau seronoknya joint aktiviti camtu…
      jam kite dulu2 payah nak dapat peluang camni. paling kuat pun camping kt padang sekolah. memalam tido dalam kelas..

  7. mesti adam enjoy kat sanakan dgn kwan2 yg lain. janda baik rsanya satu tempat yg cantik, betul kan ?

  8. jadi jugak ye anak ko tu ngah, tukar nama faizal.
    hahahahahahahahaahhaha,,,,

  9. budak sekarang bestkan dapat aktiviti cam ni. tak cam cik ina dulu buat khemah pun dalam sekolah.bestnya gi janda baik , cik ina belum sampai lagi.

    • @cik ina minat do do cheng,

      tu la… kalau hujan.. mencicit lari masuk kelas.. kehkehkeh!!
      sama ka kite chik… tak pernah sampai janda baik lagi.

  10. Pingback: dah balik | a cup of life a barrel of luv

  11. teringat zaman kecik2 dulu selalu “dipaksa” abah utk pergi program2 berilmiah mcm ni. Massa tu mana ada hp kalu rindu nak bercakap dgn ibu bapa. duduk la dalm hutan 3d 2n

  12. Pingback: saling merindu | a cup of life a barrel of luv

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Post Navigation