apam pisang kukus

.

balik dari tonton wayang pacak, kerah bebudak tengok jadual waktu sebelum masuk tido. lepas tu masuk dapur. nak buat apam pisang kukus. pisang setandan yang ayah bawak haritu ada lagi. tak lalu dah asek nak bercekodok pisang jek.

buat double adunan dari resepi asal.

mengukus apam

tak kose nak kukus dalam acuan kecik-kecik tu. lagipun takde mendenyer. sekali hadap jek. punyer rajin, tuang dalam loyang besar. tak tebal sangat. biar cepat masak hihihi!!!

makan apam

mummy… perut saya lapar… saya nak makan pisang….
layan apam pisang pukul 12 tengah malam.

my assistant.
biasa kalau masak-masak gini adeeb yang rajin menolong. jam ni adeeb dah tido. adief la yang tak over. dia la yang tolong lenyekkan pisang sampai lunyai kehkehkeh!!!

apam pisang kukus

hasilnya, apam yang gebu dan tidak padat. resepi ni sangat la sonang bai tu. tak yah nak perap-perap. lepas bancuh kukus. kalau letak gula perang atau gula merah, pekat sikit kot kaler apam pisang kukus ni. len kali nak try buh chocolate rice pulak la….

hhhmmmm… kalau ada kelapa parut lagi sedap kan.. kan… kan….

.
.
.

resepi apam pisang kukus

Bahan-Bahannya
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair) – letak 80ml minyak masak.
1/4 cawan gula
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)

Cara membuatnya :-)

1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 – 15 minit. Buat hingga siap.

sumber resepi ; JINTANMANIS

Incoming search terms:

  • apam pisang
  • resepi apam pisang
  • apam kukus
  • resepi apam pisang kukus
  • resepi apam kukus
  • apam pisang kukus
  • resepi apam
  • resepi kuih apam
  • apam pisang gebu
  • resepi apam pisang gebu

14 thoughts on “apam pisang kukus

  1. cik ina minat do do cheng

    la selepas boring ngan wayang pacak tu, ko betul-betul mengapam. salute, ngan ko , tak cakap kosong . Kak ngah cik ina belum pernah wat apam pisang lagi, nati bolehlah akak cilok resepi ni. cam nak mengapam pisang plak.
    cik ina minat do do cheng recently posted..Rezeki

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge