.
sambung balik kisah pembuka cuti sekolah yang padat! sendat! penat!
lepas tinggalkan KEM PLKN HUTAN REKREASI AYER KEROH, kitorang teruskan perjalanan melalui lebuhraya utara selatan menuju ke port dickson. jalan tengahari panas camtu memang mencabar mata dan mencabar minda sebab adief mengalami gejala cherry berry. tak tau apa punca. takde pulak makan yang bukan-bukan. tapi, sepanjang 2 hari duk kampung adief memang tak boleh membuang. kejap-kejap dia ajak g toilet. tapi hasilnya takde. dia tak pandai nak guna jamban cangkung.. adeh.. kemuncaknya, masa kat hiway la. sampai tergeluceh dalam seluar.. kehkehkeh!!!
sampai PD pusing-pusing cari tempat penginapan dulu. ada lah tanya 2-3 tempat. las-las decide stay kat Avillion Admiral Cove Resort, Port Dickson. antara sebabnya harga dalam lingkungan bajet dan diorang tunjuk bilik dulu sebelum kita buat keputusan. bila dah tengok bilik tu, rasa ok kakngah dah malas nak survey-survey lagi. ikut Abem dia memang nak tengok lain lain lagi. kakngah fikir hari dah petang. kang bebudak ni sibuk nak mandi laut. lepas tu muka pun dah berlengas… berpolak! itu pun yang paling tak tahan..

dah dapat keycard, ayoh hanak-hanak! kite mandi dulu!!!!~ takpayah nak hantar beg masuk bilik ke hape. bilik tingkat 7. buang masa!
stat kete balik, pergi teluk kemang. atam & busu sekeluarga ada kat sana. tapi, time kitorang sampai, diorang dah siap-siap nak balik.. kehkehkeh!! frust faizal. tak dapat mandi-mandi ngan sepupu dia. sebelum diorang balik, sempat gak minum petang kat kedai depan kubur. finally, jumpa jugak KDK ni walaupun gerai untuk sarapan pagi tak bukak. ye la.. dah datang belah petang…
sesiap minum, diorang berangkat balik. kitorang balik ke resort. mandi time!!~

hari pun dah nak gelap. dapat mandi kejap jek la. jangan tak. bagi mulut bebudak tu diam buat sementara waktu. yang besnya pantai area sini, airnya jernih. memang berbeza dari teluk kemang. lagi pun pantai sini tak dibuka untuk awam. bersih dan terjaga la…

adam yang kekunun nak buat aksi titanic.
dah!
dah senja ni..
jom balik!
masuk bilik!
Incoming search terms:
- avillion admiral cove
- avillion admiral cove blog
- email insap org pe loc:US
minum petang kat KDK sedap tak? apa kuih ada? (ingat makan je, haha)
lee lin recently posted..Diskaun
@lee lin,
oleh kerana aku mem beso.. aku duduk jek.. Abem yg p amik kekeke!! tak tengok pun spesis2 kuih yg ada.
tapi, apa yg my biras amik ialah… keria, tepung bungkus & donat. rasanya banyak lagi pilihan kuih tradisional yg ada.
Abem lak amik kepok lekor & tahu sumbat. aku rasa ada la dalam 5 bijik tahu aku sumbat masuk perut aku..
yg fresh sekali, ayor tebu. 3 jag sekali order. setel!
kakngah recently posted..dah balik
hahahaha sempat lg no mandi laut..x thn tgk pic abem mu hiksss
@el,
ya aaa uuwww!!
harus la.. meroyan anak aku nanti kalau tak mandi laut… selagi kaki tak kene pasir, tak tertelan air masin… depa tak puas hati. dpt kejap pun jadi la..
kakngah recently posted..dah balik
wahhhh sonoknya mandi laut.
rara pinkmafia recently posted..adat MELENGGANG PERUT
@rara pinkmafia,
tak puas lagi tu.. nak kene repeat cuti sekolah akan datang….
kakngah recently posted..dah balik
ngah, KDK tu apo??
shaza recently posted..Kisah 27-29 Mei
@shaza,
Kodai Dopan Kubor
ada bran??
dah… nak sambung masak.
kerisi balado.
kakngah recently posted..dah balik
ok jeles…nnt mau pegi avillion ni jugak la….tp entah bile dpt g huhu~
@cik panadol,
sila.. sila..
ada FOC breakfast for 2.
ada cruise gak wey.. rm500++/2 hours/person..
aku mampu tgk jek.. ekekekeke!!!
kakngah recently posted..dah balik
Dak Kucing ke ko yang bagi nama “KDK” ?
DrSinga recently posted..Air Setokin
@DrSinga,
agek eh la.. kekekeke!!
tapi.. kedai tu.. memang KDK..
insap sambil makan.
kakngah recently posted..dah balik
Seronoknya dapat bercuti bawa anak2. saya dah selalu benar duk mandi laut ni. Tp sya selalu ke langkawi jer.
mekar recently posted..Keindahan di Sebalik Jendela Langkawi Lagoon Resort
@mekar,
sesekali bagi anak2 happy..
hhm.. kakngah sampai langkawi masa anak sorang. adam umo 4-5 tahun gitu. tak tau bila turn bawak yg lagi 2 org tu..
kakngah recently posted..dah balik
wah seronoknya bercanda di pantai…fuhhhhhhhhhhh romantiknyaaaa…bila nak dapat ke sana…nanti la kot…budget dah lari nih
zuwaidah recently posted..Cuti-Cuti Shanghai- Part 1
@zuwaidah,
tak pe.. kumpul bajet next school holiday…
kakngah recently posted..dah balik
Best nya dia bercuti cuti Malaysia…
Kalau makan kat KDK tu, tak insap tak tau la..ekekeke
PS: soalan bodoh saya: Kakngah ni adik beradik dgn kaklong tu ker?
daddyziyyad recently posted..Tali Pusat
@daddyziyyad,
oho.. itu bukan soalan bodoh.. itu soalan stended.. hihihi!! dah ramai yang tanya.
kaklong tu kakak ipar saya : )
kakngah recently posted..dah balik
sampan nelayan situ ke? tetibe aku plak rasa nak join adam
juliet recently posted..Tunggu Hujan Berhenti
@juliet,
tak la.. mana datang nelayan kat area resort..
resort tu punya bot…
kakngah recently posted..dah balik
siap booking sampan ke?
saya nak pegi gak la, mcm syiok jaaa.. mahal dak per night?
DeLancrettLurpak recently posted..Rajpooot!
@DeLancrettLurpak,
kekekeke… takde la.. sampan tu mmg tertambat kat situ.
harga ikut jenis bilik…
yg kitorg stay ni, premium room rm250++
king bedded + pangkin daybed. daybed dia dah macam saiz single bed. selesa la utk kitorg ank beranak…
kakngah recently posted..dah balik
wah bestnyaaa
@Wan Perlis,
alhamdulillah..
masa berkualiti dengan anak-anak…
kakngah recently posted..dah balik
laa..den ado la maso tu, btul2 den ado bwh sampan tu..hehe
p/s: pic last tu cantik le..
mr curly recently posted..CoNDo D SaVoY A FaMosA ReSorT MeLaKa
@mr curly,
ado duo bawah sampan tu..

duyong mo dugong..
mano satu ekau??
kakngah recently posted..dah balik
lamo dah tak poi main air laut ni sojak bebudak dah bosa2. Lupo pulak raso air laut tu masin ko tak masin…
kakpah recently posted..Berapa banyak radiasi aku dapat harini
@kakpah,
asek poei pantai takdo laut yo kan..
lopeh ni buleh bawak cucu lak kak..
kakngah recently posted..dah balik
semonjak kakyien tekeluceh kek bangan lalang ari tu..raso fobia p[ulak nk mandi laut..!huhuhu!!
@kaklong,
takpo la…
mandi air pancut bilik air yo la…
kakngah recently posted..dah balik
Pingback: premium room at Avillion Admiral Cove Resort, Port Dickson | a cup of life a barrel of luv