Assalamualaikum
Salam sejahtera
Dah masuk minggu ke 2 tahun 2013. Orang lain berlumba-lumba buat n3 & up status kat Fb pasal persekolahan anak-anak. Mummy dakEpal duk kat situ je. Ater… mud blogging dah lama ke lombong.
Oleh kerana baru je renew hosting, gigihkan diri mengupdate jugak.
Tak update – takde traffik – takde hasil.
Menrugi di situ dussshh!!~
Pendapatan Nuffnang kene jana untuk bajet tahun depan punyer renew payment.
DakEpal
Hari pertama persekolahan, g rumah makyong macam biasa. Mak cakap
‘Adik masuk sekolah mak je…’
Adief aka Kutam
Hari pertama persekolahan berkonsepkan hantar dan tinggal. Takde mummy dia nak tunggu ke apa. Dia ok. Cuma ada mengantuk sikit sebab bangun seawal 6.20 pagi. Petang tu siap citer ngan mummy ada kawan baru menangis. Menangis sebab taknak sekolah.
Dekat sekolah nama saya lain. Bukan Kutam. Adief!
Adeeb
Hari pertama persekolahan pak dia la yang hantar. Dah masuk tahun 3, cari pasal la kan kalau buat hal hari pertama persekolahan.
Adam
Hari pertama persekolahan naik bas. Dah taknak duk asrama. Ada sebab. Pujuk. Tak jalan. Taknak paksa. Janji tak ganggu pelajaran. So, tahun ni takde rutin lawatan ke asrama setiap minggu lagi.
Syukur permulaan persekolahan 2013 takde masalah kronik. Duit buku sekolah sume dah setel. Tinggal tunggu notis untuk bayar yuran.
Semoga perjalanan kehidupan kami sekeluarga sepanjang tahun 2013 ini berjalan dengan lancar. Dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dan dijauhi segala kemungkaran.
Amin.
Eh! Semalam birthday budak Kutam tu. Dia request kek, belon + sedara dia. Kek, belon tu… ok la. Part sedara dia [sepupu-sepapat dia] pitam mak nak… Nak kene import dari Negeri Sembilan hahaha!! Sempena birhday dak Kutam tu, pak dia belikan beskal kaler hijau. Malam tadi dah gulap gulita pun mintak izin nak kayuh basikal.
Pitamz!
Incoming search terms:
- baju pengantin peplum songket
- baju sanding peplum
- pereka fesyen songket kurun 20


