- Anak no. 1 -
“Memula Kutam main lighter. Kite dah amik dah. Lepas tu dia amik balik. Masuk bilik bakar buku Ujang. Kutam tu la.. degil sangat. Orang dah cakap jangan main lighter dia main gak.”
Adam cerita dengan nada merungut-rungut-merapu-rapu. Duk ulang-ulang salahkan adik dia. Masih menggigil 1 badan. Mummy cakap – takpe la.. dah nak jadi kan. Janji Adam ngan adik-adik selamat. Yang dah terbakar tu biarkan la… dah tak boleh buat apa lagi dah…
“Kite tengah main intenet. Adeeb panggil kite. Kite masuk bilik tengok dah terbakar. Kite nak padamkan api. Kite amik pemadam api kat luar tu. Adeeb dah tarik pin, tapi tak boleh gak. Kite amik air, siram api lagi besar. Kutam tu la.. degil sangat.”
Tak habis-habis salahkan adik dia.
Memang betul diorang cuba padam api dengan pemadam api. Tong pemadam api tu tergolek-golek kat tetengah bilik masa memula masuk tengok keadaan rumah. Hos dia pun dah cair terbakar.
“Kite bawak Adeeb ngan Kutam turun bawah. Lepas tu kite naik balik nak call baba. Tapi masuk je rumah kabus dah tebal. Kite call baba tak dapat.”
Ya Allah anak…. Sebbaik la kamu tak pengsan ke apa terhidu asap masa naik semula. Mesti masa tu asap dah tebal penuh 1 rumah.

Kain bendung dakEpal yang pak dakEpal beli sempena majlis cukur jambul dakEpal. Kenbaju dakEpal masa baby-baby habis satu bakul rentung. Nampak gayanya kalau ada baby baru kene beli serba baru sumenye. Eh!
- Anak no. 2 –
“Kite tengok tv dalam bilik mummy. Kutam main lighter. Abang dah amik tapi Kutam amik balik. Dia duk kat belakang katil mummy bakar buku Ujang abang. Bila api dah nyala dia boleh tengok je api tu mi… Dia garu-garu kepala camni…”
Mak diorang boleh membayangkan camne gaya anak no. 3 beliau garu-garu kepala.
“Kite panggil abang. Abang jerit – Ya Allah! Rumah aku! Kite ngan abang nak padam api pakai pemadam api tu. Tapi tak boleh mi…. Kite turun cakap la kat orang kat bawah tu. Dia tengah makan. 5 kali kite cakap rumah terbakar. Dia buat tak tau je mi… Dia makan je…. Habis dah katil mummy terbakar…”
Dalam nangis-nangis-bengkak-mata-kembang-lobang-idung citer kat mummy dia, sempat lagi dia kenangkan katil mummy yang dah terbakar tu. Mummy tak kisah nak katil mummy yang terbakar tu.. Janji anak-anak mummy semua selamat [ada harapan mummy dapat katil baru nak... Eh! lagik!]

Hampir semua koleksi novel mummy dakEpal turun musnah. Kesayangan – koleksi novel tulisan Ramlee Awang Murshid. Takpe tapi. Novel boleh beli. Nyawa anak-anak yang utama.
- Pak dakEPal -
“Abang baru makan 2 suap kat kedai Pak Din. Orang call. Terus abang balik. Abang nampak Zubairi tengah peluk Adam. Adam lak meronta-ronta. Ah Sudah… Abang fikir apa-apa jadi kat adik dia. Abang tanya diorang – anak aku mana? Yang lagi 2 orang tu… Diorang cakap ada kat cafe. Lega. Baru abang tolong diorang padamkan api.”
Rumah kami orang ni dalam kawasan tempat kerja pak dakEpal. Kami duk rumah kuarters. Memang pak dakEpal pusing-pusing pun dalam kawasan berpagar ni. Kebiasaannya kalau cuti sekolah anak-anak tak nak ke rumah mak yong. Diorang dah besar. Bosan duk sana. Duk rumah ada astro. Boleh bertenet. Boleh berPS2. Biasanya kalau diorang nak apa-apa, akan call je terus pak depa. Sejak Adam sorang lagi camtu. Benda dah nak jadi…
– Anak no. 3 –
“Saya taknak cakap”
“Saya taknak cerita”
Sekian untuk harini.
Sambung sok g.
Bab lighter ni kan buat i sesak nafas. anak i dua2 suka main lighter. nak marah cam ne lagi entah lahh. memang risau.. sangat2.. hope u tabah,,
tq dear..
skrg ni i pulak fobia ngn lighter. haritu abg i dtg duk biarkan lighter dia kt meja beranda, bebudak dah amik buat main. selamba badak p campakkan dlm longkang depan tu..
kat umah tu pun ada lighter..dah pesan kt abah derang letak tmpt tinggi nti budak2 men..hat kecik sekali lah sllu men..
bila anak2 kak cerita sebak saya doh huhu
mmg thumbs up kat abg bijak bw adik2 keluar rumah dah ada niat nak padamkan api tu bgs2
el recently posted..RESEPI AISKRIM HOMEMADE
buat iktibar el… bebudak ni tau seronok je. nama pun budak kan.. perasaan nk explore tu tinggi. tak boleh nk salahkan diorg.
aku bangga dengan si abang.
aku takleh nk bygka kalau dia panik masa tu.
huwaaaa!!!
Sodeh lak kak ngah.
acik erna recently posted..PERTEMUAN YANG TIDAK DISANGKA
sob!sob!sob!
Assalamualaikum,
Kesiannya dia orang tu…sempat lagi tu nak pi padam api. Ingat mudah ke nak tarik picu tong pemadam api? Kita yg dah tua ni pun blm tentu boleh tarik keluar kalau dah terdesak mcm tu
anyss recently posted..Menyimpan Kenangan Angka 121212 Nan Comel
waalaikumussalam
tong pemadam api itu adalah berat. gigih diorng ngangkat huhuhu!!
Walaubagaimanapun, syukur sangat bila anak2 semuanya selamat…
Kakcik recently posted..Macam mana nak mohon cuti ni?…
alhamdulillah….
kak ngah, sebak baca n tatau nak komen aper…
(
tak tau nk komen apa2 kan.. kan..
p klik iklan nuff aku tu…. kehkehkeh!!!
kutam..belajar dari kesilapan ye. mummy tak marah. yang penting kutam & ngan abang2 kutam selamat. ok kutam..jangan takut.mummy kutam baik. happening je. esok mummy belikan lighter 2 ngan majalah ujang 5 eah. EH! okbai kutam
untie kerry
kutam cakap dia nak jersey rimau malaya siam 5 lai
wakakaka!!!
Alhamdulillah…. Anak anak selamat. Yg lain boleh cari lagi …..tp org yg kat bwah tu …. Pada betul ….
Chik Att recently posted..ISI DALAM KULIT ….
Org kt bawah tu bukan jiran kami. outsider. dtg buat kerja. may b dia ingat bebudak memain agaknya – fkr positif
kutam nak simpan
dah besar nanti kutam nak cerita kat blog
harap2 kutam ingat sampai besar.
apesal nama dia kutam?
hahahaha..
kalau aku meroyan gak ni. habis barang rentung. tapi yg penting xde kemalangan jiwa.
Pn.Salmia recently posted..Baby diapers :Setia
kak walaupun citer ni sedih , tp aku baca gelak2 kak .. anak no 3 tak nak cerita la dia punya keja hihi sabar je la ..
lain kali depa ingat la tu .. nasib anak semua ok ..
puanbee recently posted..Setelah 9 hari