DIY Nursing Pillow

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Dah berapa hari nak update.. harini baru lepas update. Naik dari cuti CNY, ada audit kat workshop ni. Buat-buat Busy tang situ. Harini baru ada masa terluang.

Minggu lepas DIY nursing pillow. Baru-baru bersalinkan dakEpal gigih membeli. Tak sangka boleh je buat sendiri nursing pillow. Yuk! Ikut mummy dakEpal buat nursing pillow sendiri.

nursing pillow pattern

Memula kita tekap pattern. Mummy dakEpal guna je sarung nursing pillow kepam dakEpal sebagai panduan. Kamu orang boleh je dapatkan free nursing pillow pattern dari en. gugel. Tanya sahaja pada beliau. Sekelip mata beliau berikan jawapan.

gunting sarung nursing pillow

Dah tekap & lukis, kasi gunting lerrrr…. Kita gunting 2 pcs k!

terbalikkan sarung nursing pillow

Kendian kita jahit keliling. Tinggalkan dalam 4-5 inci sebagai lobang untuk terbalikkan sarung nursing pillow ni.

isi fibre nursing pillow

Seterusnya kasi sumbat isi nursing pillow kita ni ikut lobang yang kita guna masa terbalikkan cover nursing pillow ni. Bahan sumbatan ikut selera masing-masing. Nak sumbat ngan fibre boleh, ngan kekabu pun boleh. Mummy dakEpal guna fibre. Fibre ni kamu orang boleh dapat kat kedai alat jahitan.

DIY nursing pillow

Dah selesai sessi sumbat menyumbat, kita jahit lubang itu ketat-ketat supaya isinya tidak terburai. Siap sebijik nursing pillow 100% made with love.
Mummy dakEpal boleh buat, kamu orang pasti boleh juga.
Kalau tak boleh atau ertikata yang sebenar – MALAS nak buat, kamu orang roger saja mummy dakEpal.
Kita kautim baek punyer.
Nursing pillow termurah di pasaran.. chewah!
Selagi stok fibre masih okay!!~

Incoming search terms:

  • cara membuat nursing pillow
  • diy membuat pillow
  • tutorial nursing pillow
  • diy nursing pillow
  • feeding pillow pattern
  • diy nursing pillow tutorial
  • tutorial jahit nursing pillow
  • nursing pillow tutorial
  • design baju tunang 2013
  • nursing pillow

12 thoughts on “DIY Nursing Pillow

    1. kakngah Post author

      selit kat pinggang. utk ampu baby. selesa sikit. takde la menunduk masa nenen. pak-pak yang kekok pegang baby pun blh guna utk dptkan kedudukan yg selesa. kalau yg tgh sarat memboyot.. pusingkan kt belakang & sandar. nyamannnnn….

      Reply
    1. kakngah Post author

      ha.. buat sndr. amik free theme sudah. takdok bajet mau tempah hihhi!
      aku dulu beli preloved nursing pillow je ko.. tu pun mahai mengelit lg. nanti kalau ada kwn2 nk nursing pillow boleh roger2 kt aku. sebut nama aku, aku bg diskaun sikit.. wah!

      Reply
    1. kakngah Post author

      2 hari sebelum tarikh n3 ni la. actually tak bajet pun nk pakai pepel. test bnyk theme. sekali bila gantung yg ni.. sweet pulak nampaknya… terus lekat hihihi!!

      Reply
  1. Pingback: Sweet Tiered Dress | lindarosman.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge