Dwi-Trilogi siri Bagaikan Puteri – Sunan Musafir

Sekarang ni sedang berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 di PWCT. Pesta Buku 2012 ni berlangsung dari 27 April hingga 6 May 2012. Jam 10 pagi ke 6 petang. Mummy dakEpal ajak pak dakEpal ke sana sok gi. Lagi pun Adam kan ada. Petang tadi mummy dakEpal jemput kat asrama.

Mummy dakEPal nak cari Dwi-Trilogi siri Bagaikan Puteri siri yang terakhir – Sunan Musafir. Hasil karya Ramlee Awang Murshid. Tu pun kalau dah keluar gak di saat-saat akhir. Sebab kalau ikut kenyataan KELABRAM, novel Sunan Musafir ini tidak akan keluar pada Pesta buku Antarabangsa 2012 ni.

sunan musafir

Tapi tu la…
Tapi pak dakEpal taknak. Dia cakap jalan masuk KL tutup sebab ada Perhimpunan Bersih 3.0.
Spoil betul ah!

Sinopsis Sunan Musafir

Allah menciptakan cinta, justeru cinta perlu dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas dari belenggu cinta.

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin serta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, adakah benar Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?

Pada tahun 1531 – Saifudin yang telah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi harituanya dengan menghambakan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa.

Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?

Incoming search terms:

  • sunan musafir
  • sinopsis sunan musafir
  • sinopsis novel sunan musafir
  • sunan musafir ramlee awang mursyid
  • sunan musafir sinopsis
  • ramlee awang murshid sunan musafir
  • sinopsis novel laksamana sunan
  • sinopsis laksamana sunan
  • sinopsis trilogi bagaikan puteri
  • sinopsis trilogi laksaman sunan

10 thoughts on “Dwi-Trilogi siri Bagaikan Puteri – Sunan Musafir

    1. kakngah Post author

      bila ko dh bc sutera bidadari, ko mesti nk kan sunan musafir lak… sila la baca.

      Reply
  1. ANUGERAH

    MEMANG MINAT SANGAT TRILOGI LAKSAMANA SUNAN , MACAM ADA 1 SATU SEMANGAT LAIN YG DTG DR NOVEL TERSEBUT SEMANGAT LAKSAMANA SUNAN

    Reply
    1. kakngah Post author

      bila baca bagaikan puteri.. takkan behenti utk baca novel-novel laksamana sunan yang seterusnya..

      Reply
    1. kakngah Post author

      mama, kelab RAM dah announce.. petang ni dah kuar sunan musafir… sila terjah pwtc hihihi!!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge