Eh… eh… enam dah…

Yer kata ko…
6 bulan dah dakEPal tu.
Isnin lepas bawak g check-up rutin kat klinik desa. Berat 8.1 kg sudah. Tinggi mummy dakEpal tak ingat. Buku pink ada kat rumah. Takleh nak rujuk. Dapat suntikan imunisasi untuk bayi 6 bulan. Adik misi cakap cucuk 6 bulan ni tak demam. Haritu ngan semalam memang dakEpal tak demam. Tapi malam tadi suhu badan dia naik. Tidur tak lena. Hantar kat makyong, bekalkan ubat demam sekali.

Dah pandai apo dakEpal tu ngah?

Makin cekap menggunakan tangan dan jari jemari beliau. Dah boleh mencapai dan memegang barang. Botol susu pun dia dah boleh angkat sebelah tangan. Botol susu kosong ler…. Kaki tetap gagah menendang. Dah pandai gak melompat-lompat bila dipegang.

main kereta

Meniarap memang expert. Payah dah nak pakaikan baju. Mummy dia kene extra pantas dari dia. Dah boleh berpusing keliling. Kemahiran utama, masuk gear gostan. Dia godek-godek-godek badan dia, alik-alik dah kat hujung katil. Kaki dah terjulur ke bawah.

angkat punggung

Dari minggu lepas dah mula angkat punggung. Goyang-goyang-goyang… landing… Lutut dah boleh stand. Dah nampak gaya nak merangkak. Punyer laju goyangan beliau hingga kabur gambar jadinya kehkehkeh!!

cukur bantal

Kepala masih cukur bantal lagi. Bila berpeluh, kat part cukur bantal tu mesti naik cam ruam-ruma merah. Tangan dia pun duk menggaru ke situ jek. Mummy suker syium part gondol tu. Masham! Enak!

dakEpal
Hmmm… apa lagi ek!
Aha! Dah mula solid food sejak senin haritu. Mummy cuma bekalkan nestum je. Tak dan nak buat puree. Balik rumah dah kepenatan. Pukul 10 mummy beliau udah fengsan! Insyaallah, by next week mummy akan cuba bekalkan puree untuk dakEPal bersantap di rumah makyong…

Incoming search terms:

  • bantal masuk kereta
  • demam tak cucuk 6 bulan

12 thoughts on “Eh… eh… enam dah…

  1. Yunus Badawi

    Setuju dgn cadangan kaklong. Boleh request adik lagi. Malam ni pun berkat kalau nak mencuba …. hahaha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge