Menjak roh menjarum meresapi jiwa, Cabaran 100 Setahun terabai huhuhu!! Dah nak masuk bulan 4 nih! Suku pun lom sampai.
Semalam gigihkan diri. Sambil-sambil mesyuarat tingkap ngan mak, gugel la resepi. Ater… kata dunia hujung jari. Klik-klik jek la… Cari yang mudah & barang ada kat dapur.
Dah siap-siap bancuh, perap dulu adunan dalam LLT. Ikut resepi perap 3-4 jam. Lepas maghrib ikut lak Abem g tanjung. Abem nak beli tayar motor. Pusing-pusing tanjung, beli barang basah untuk lauk harini, singgah makan… pukul 10 lebih jugak sampai rumah.
Masuk je rumah terus ketik api dapur. Dalam hati cuak gak sebab dah over perap dah tu. Dah dekat sejam bakar ngan api sehalus boleh, ku cocoq-cocoq masih ada yang belum masak. Mata tak larat nunggu. Pesan je kat Abem, lagi 10 minit boleh tutup api. Tawakal jek la..

Pagi ni, lepas hantar Adeeb g sekolah duk keluarkan kek guka hangus dari LLT. Alhamdulillah, kira menjadi gak la. Texture sarang ada di situ. Cuma rasa pahit gula tu terasa sikit kat hujung lidah. Tak pun, memang rasa dia camtu kot…
Kalau jadi g tengok Adam petang ni, boleh bawakkan untuk dia. Minggu lepas masa hantar dia balik asrama buatkan kek marble, tak puas dia makan.
Resepi Kek Gula Hangus
Bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega
Cara-cara
Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam”
sumber : myResepi
Incoming search terms:
- kek gula hangus
- resepi nasi briyani
- resepi ayam
- resepi kek terbaru 2012
- cara buat kek batik
- resepi kek gula hangus
- resepi biskut sedap
- resepi kuih proton saga
- resepi kek kukus raya
- cara membuat kuih apam balik
aku dok try buant kek ni tak penah menjadi nok!
kaler dia pun tak hitam gini.. perang2 je. huhuhu..
kena berguru dgn ko nih ngah.
Pn.Salmia recently posted..Uniform Maternity
hahaha!! meh sembah ratu lembah kat aku dulu.
beberapa tahun nan lalu aku buat tak jadi. batat ko. langsung tak pernah buat. ni try sekali lagi.
aku rasa tahap kehangusan gula tu mempengaruhi kehitaman kek la…
salam Ngah…rajen buat kek ya.Mesti anak2 pon sonok makan airtgn dr ibunya.Pahit tu sbb gula tu trover hangusnya
.
~azatie~ recently posted..Salam Di Pagi Jumaat.
salam kak atie. rajin ikut angin kak…
haah.. mmg terover hangusnya. tgk la betapa legam org nyer kek tu… hihihi!!!
pehhh,…. ku suka sgt dgn kek ni taw kakngah !
nk tanye, butter semua tu masak sklai dgn gula hangus atas api tu ke?
Ummi Hanie recently posted..Kenapa awek Korea cun melecun
hihihi!!
meh cuba. jadi makan ramai2 serumah. tak jadi makan sensorang seloyang kehkehkeh!!!
haah.. masukkan dlm gula hangus ats api. cair je butter terus padam api.
menjadi la tu ya ngah, tak pa pahit sikit lain kali buat makin ok la rasanya kan
ana recently posted..Blogspot semakin kearah mesra SEO!
tu la.. len kali blh kurangkkan kehangusan gula tu..
baru tak berapa pahit.
kukuih pun buleh gak kan?
tak hanguih pun…
buleh yo..
kito buek dio…
hebat tu semangat kakngah walau oven dah rosak
kak ati pun dah tak sabaq nk baking
coz oven dah lama rosak then hb nak hadiah
oven baru sempena anniversary nanti …yahoooo!
ati recently posted..Pendinding Daripada Perbuatan Syirik
waaa… ada oven baru.. lagi giat membaking.
boleh la deko2 sekali..
happy anniversary in advance eh…
Fuhh, senang Dan cepat neh ngah…
Melatiqistyna recently posted..MBPJ Perintis Bandar WIFI
tau takpo.
nk ulang buat lg tuh nanti..
ok dah tu kak ngah..cantik sarang e..
tapi tak bapo nak konyal la la..
ado org buek konyal2 ghaso eh..
nextweek bw sikit…hihi
bada recently posted..Menu Lunch Hari Adalah —->>>
meh exchange ngn kek pelangi…
tak pernah lagi buat kek nih, kalau guna talam biasa je takde bulat tengah2 tuh bleh buat tak kak ngah? nampak resepi senang je tuh. selalu tengok diorg buat loyangnya lain.
eiela recently posted..Cendawan Unik Takde Benih
boleh je.. bakar dalam oven terus. lg senang.
yangggggggg..
Long dah sms aku…
apesal tak boleh eh??
dah puas aku godek…
cer try
tu la pasal..
sudah sekian lama..
ai merajuk taw!
terbaek kak
feveret ni..lama x buat hehe
el recently posted..ARWENDANISH 1ST GIVEAWAY
ayoh!
kita buat lagi…