Malam tadi tetiba mummy dakEPal tersedar yang beliau rindu pada dakEpal, Adief, Adeeb & Adam. Menjak bergelar workshop girl makin kurang dah masa buat anak-anak. Ada hari seawal jam 9 malam mummy dakEpal dah hanyut berterbangan di dalam buih-buih mimpinya. Terima kasih sesangat kat pak dakEpal yang banyak bantu uruskan anak-anak, tolong masakkan dinner untuk kami orang…. ai lef u bebeh!
Hari ni dah Jemahat dah. Cuti sekolah sudah mampir ke penghujung. Kami orang tak ke mana-mana pun. Mummy dakEPal kan baru keje, mustahil la nak amik cuti. Pak dakEPal lak busy dengan kerja-kerja renovation tempat cari makan beliau.
Dalam pada busy tu, sempat jugak la curi masa bawak anak-anak berjimba kat kolam air panas. Jangan takde aktiviti musim cuti sekolah. Naik sekolah sok cikgu suh buat karangan pengalaman musim cuti sekolah ada jugak bahan…
Al-kisahnya…
Masa nak g kolam air panas minyak kete habis kat hiway. Pak dakEpal fikir boleh sampai ke R&R, sekali tu perkiraan terpesong. Merasa kami orang piknik bawah jematan sementara pak dakEpal dapatkan petrol.

Alhamdulillah, masih ada insan mulia lagi dalam dunia fana ni. Ada sorang brader tumpangkan pak dakEpal ke petrol station. Lepas tu brader tu berani mati duk menongkah arus hantar pak dakEPal kat kete. Brader tu cakap… ‘undang-undang tuhan pun kita langgar, inikan pulak undang-undang donia’

Pertama kali dakEpal berendam air sejuk. Swimming suit takde lagi, sarung jek CD
. Tak rancang pun nak g berendam-rendam gini. Kalau tak, harus mummy dakEPal soping swimming suit untuk dakEpal awal-awal hihihi!!
Sg Klah Hot Springs Park. Kali terakhir datang sini tahun 2010. Adief kecik lagi. Dulu mai sini layan kolam air sejuk je. Lepas tu hari hujan lebat terus kami orang balik. Kali ni merasa layan hot spring yang sebenarnya.
Lepas puas berendam air sejuk, mummy dakEPal kerah angkatan tentera ke arah hot spring. Tempat orang rebus tolo. Kat area situ hanyir ah bau dia. Bau hanyir telur campo belerang.

Adam tak tahan nak celop kaki. Panas gilerrrrr…

Pak dakEpal pun tak tahan.
Masukkan kaki sikit2 baru ok.
Tapi, budak Adeeb ni memang hebat.

Orang lain tahan cecah tumit kaki jek, dia selamber je berendam sampai pangkal peha. Selamber jugak dia kutuk abang dia kehkehkeh!!
Dah puas celop-celop kaki, blah dari situ. Singgah kolam yang suhu lebih mesra badan. Haa.. baru syiok berendam. Berendam kejap je sebab dah nak balik. Alik-alik baru nampak kolam air panas yang lagi besar. Tak jadi balik. Sambung berendam. Pak dakEpal cakap, dulu tiket asing-asing nak masuk kolam air sejuk ngn air panas.
Berendam air panas semulajadi ni very the relaxing la. Rasa lega sesangat. Kat situ ada je spa & massage. Tapi biasa la.. harga tak menahan untuk golongan marhaen cam mummy dakEPal ni. Maka, mampu tengok papan tanda jek hihihi!!
Untuk perhatian pak dakEpal,
Cukup bulan ni sila bawak mummy g berendam kat kolam air panas lagi eh!
Badan lenguh-lenguh la menjak keje ni…
(^__^)
Incoming search terms:
- felda residence port dickson berhantu
- homestay pengkalan balak melaka
- contoh karangan cuti cuti malaysia di port dickson
owh kak ngah dah keje ke? dak epal tinggal ngan sapa kak ngah? alahai dapat berendam dalam air panas lega rasanya
ajumohit recently posted..Melihat KEINDAHAN Sawah Padi, Subhanallah
dah…. tgh bln lepas stat..
dakEpal tinggal ngn babysitter lama.
siyes. mmg bes berendam dlm air panas wey..
kak ngah dah meraso dak epal mandi kolam air paneh yo..he he
Acik erna recently posted..SATU MALAM LAGI..ESOK DAH BALIK…
tu la kak.. ontok yo deh duk dlm kolam air paneh…
lapan bijik tolor ekau rondam tu!!!!!!!!
muahahaha!!
mcm2 sz ado.
kek dopan adam tu ramai kaf lam alif ya nga….hahahah!
kaklong recently posted..~ KAKLONG 1st GiveAway! ~
1Malaysia gittewwwwww!!!!
Sib bek ada org baik hati tlg time kt highway tu. bukan men jauh kau angkut bebudak tu gi main air panas ngah
kan nok kan….
aku terkujat tetiba ada kete lawan arus berdesup depan mata. mmg sempoi ah brader tu. jam tu ada 2 org tonto dok usha aku kete kenapa. bila ckp kete hbs minyak terus dia blah… kalau kete rosak kompem kene cekik leher.
suka ngan ayat brader tu….boleh copy paste ni kahkahkahkahhhhh
hahah xleh tahan pic pakdakepal…cover macho ke pak ekekekeke
mana gambar ko kak..elehhhhh xmo kasi tgk la tu nyamfahhhhh
el recently posted..OH HONEY DEW!!
aku tukang amik gambaq.
mana nak ada.
wah! alasannnnn…
memang mulia betul hati insan yg menolong tu..Inilah the true hero
kereta mati tengah jalan ka bila minyak abis?
daddyziyyad recently posted..Tahajud Sebulan
yes.. true hero. dan kebetulan kami orang nampak balik brader tu kat hot spring merayau2 sensorang. disyaki dia ada blind date la kehkehkeh!!!
enjin kereta tidak berfungsi di tengah perjalanan apabila petrol habis lalu tayar kereta dihalakan ke tepi jalan sebelum kereta berhenti sepenuhnya.
wah! skema betul punyer jawapan kehkehkeh!!!
Aku penah bwk anak aku area stapak sanun, org kata baik tuk eczema eh, skali tu je la aku bwk, lg kering kulitnye, hukk
Sib baik Ada insan prihatin…
Melatiqistyna recently posted..Mencari Orang Hilang (tlg spreadkan)
la haiiii…. sian si gurl..
dah buleh mkn telo yg direndam dlm air panas tu ngah! Ekeke..
mak lagenda recently posted..DATING WITH MEISYA DAN KISAH MAK YANG KEPOHCI
adeeb tu, like father like son.. comel! :p
Pn.Salmia recently posted..Pemakanan semasa berpantang