Mak, Ayah … Pastikan Anak Anda Bersarapan Pagi Sebelum Ke Sekolah

kete saya meragam dari hari sabtu lepas. disyaki mengidam penyakit tamatnya jangkahayat bateri. hari selasa g ganti bateri baru terus. petang semalam plan nak g masjid jamek Ar-Rahimah. ada program motivasi & teknik score A by Ustaz Hassan Ali YB Dato’ Dr Hassan Mohamad Ali [kalau tak silap saya... nanti saya double check semula yer.... - dah semak] anjuran jabatan agama bersama kerajaan Negeri Selangor & Pejabat Agama Islam Hulu Selangor. dari ofis terus balik rumah, siap-siap… g amik anak-anak, terus g mesejid. elok je nak gerak dari rumah makyong, kete saya tak boleh hidup. kiok terusssss….. rasa rugi sangat-sangat tak dapat turut serta program motivasi & teknik score A tu.

pagi ni bukak melbox, ada 1 artikel yang menarik perhatian saya. rasanya patut saya kongsi bersama di sini…

Ibu bapa mesti mewajibkan anak-anak bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Sarapan pagi dalam bahasa inggeris ialah “breakfast”. Mari kita teliti makna “break” dan “fast”. Secara literalnya “break” bermakna “pecah” dan “fast” bermaksud “puasa”. Memang tepat sekali perkataan “breakfast” kerana ia apabila seseorang bersarapan pagi (katakan jam 6.30 pagi) ia seperti “memecahkan puasa” sebab kali terakhir mereka makan mungkin jam 8 malam, mungkin 9 malam sebelum anak-anak tidur, bermakna si anak (kita sekalipun) telah ‘berpuasa’ selama lebih kurang 10 jam.

Sebab itulah dalam Islam, bersahur untuk berpuasa adalah sunnat. Lebih afdal lagi kalau bersahur selewat yang boleh sebelum masuk waktu subuh. Ada kata-kata pujangga yang berbunyi: “Makan pagi seperti seorang raja (king); makan tengah hari seperti anak raja (prince) dan makan malam seperti seorang miskin (pauper)”. Pepatah Arab pula ada menyebutkan “Makan pagi seorang diri (makan banyak), makan tengah hari bersama kawan (berkongsi makan, jadi makan secara sederhana) dan makan malam dengan satu kampung (kerana terlalu ramai, hanya boleh makan sedikit)”. Kedua-dua kata-kata di atas menekankan pentingnya makan pagi dan makan dengan jumlah yang banyak. Malangnya budaya kita sekarang, jam 1 atau 2 pagi, berduyun-duyun orang di kedai nasi kandar makan (sambil menonton bola sepak di skrin besar). Itu amalan tidak sihat sebenarnya !

Sarapan pagi akan sebenarnya memberi tenaga kepada anak-anak kita untuk menghadapi pelajaran nanti. Menurut Carson Wade dalam bukunya Natural Energy Booster, “Sarapan yang baik adalah pembekal tenaga”. Kata pakar pemakanan itu, “walaupun anda tidak merasa lapar apabila terjaga dari tidur, zat pemakanan yang diperlukan untuk memberi tenaga sudah terhakis dari badan sewaktu anda tidur”. Satu kajian yang dijalankan oleh University Reading di UK mendapati “pelajar berumur 12 tahun yang tidak bersarapan pagi mempunyai kelembapan otak seperti orang tua berumur 17 tahun” Kelembapan otak diukur dari sudut “reaction time” (masa tindak balas) dan “mental agility” (ketangkasan berfikir).

Ibu dan ayah, jangan bagi alasan tak ada masa. Itu alasan lapuk yang sering digunakan apabila ibubapa cuba mencari alasan tertentu dalam soal pendidikan anak-anak. Juga jangan bagi alasan “anak saya tak mahu makan pagi”. Ya, memang betul sebab sejak dari kecil lagi mereka tidak dipujuk, tidak diajak, dan tidak didisiplinkan bersarapan pagi. Fikir dan renung.

Terima kasih.

sumber : email rambang yang diterima

alhamdulillah… anak-anak saya memang wajip bersarapan sebelum ke sekolah. untuk adam, sekurang-kurangnya 1 mug milo panas & roti kapit telo mata. adeeb lak.. apa lagi.. kalau bukan nasi lemak yang limapuloh sen… yang limapuloh sen…. sebungkus harganya…
anak-anak korang wajip tak bersarapan sebelum ke sekolah???

20 Thoughts on “Mak, Ayah … Pastikan Anak Anda Bersarapan Pagi Sebelum Ke Sekolah

  1. Ms.Lilies on April 22, 2010 at 3:13 pm said:

    wajibbbbbbb….
    paling cikai milo panas semug..
    aku xkan kasi dia pi sek kalo xde apa2 masuk ke perut…
    giler memaksa omak eh hahaha

  2. BULLET on April 22, 2010 at 3:14 pm said:

    bekfes makan nasik lauk ayam masak lemak cili padi leh x?

  3. Mak Su on April 22, 2010 at 3:51 pm said:

    tq kakngah, insyallah… saya usahakan selalu bab breakfast ni

  4. julietchun on April 22, 2010 at 4:12 pm said:

    ada lagi ke nasi lemak rega 50sen?

  5. kakngah on April 22, 2010 at 4:28 pm said:

    mimi : hahaha!! sama la… busuk2 pun melo 1 mug kn…

    bullet : apa beza org bekfes ns lemak rendang ayam??? hihihi!!

    maksu : sharing is caring maksu…

    juliet : ada wey… nant aku tunjuk k..

  6. ❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ on April 22, 2010 at 4:43 pm said:

    mmg setiap hari akan bersarapan pagi ngan nasi,sayur,dan ayam@ikan@daging..dah terbiasa dari kecit lagi…huhuhu..mak kite mmg da best…

  7. Wawa Takizawa on April 22, 2010 at 5:08 pm said:

    pg2 slalu mkn nestum..hehe

  8. mimi suruh minum jer slalu …em…

  9. ARIFFDA on April 22, 2010 at 11:10 pm said:

    wajib…everyday roti bkar sapu majerin…merangkp aku nye bfast..lh tahan sampai lunch..

  10. pak long on April 22, 2010 at 11:41 pm said:

    salam…
    kalau org buat sawah padi..bekpas makan nasik la yg wajib..

  11. rynas on April 23, 2010 at 6:20 am said:

    dulu saya masa sekolah mengalami penyakit sakit perut kalau tak makan pagi. jadi setiap pagi wajib makan walau hanya sekeping biskut

  12. thunbergia on April 23, 2010 at 8:18 am said:

    sungguh berinformasi kanns,

    salamm,

  13. MR Bang Miji on April 23, 2010 at 9:13 am said:

    sy pom setuju…ramai ibu2x x fhm konsep sarapan nih..

  14. ye..betul tu
    w/pun anak2 el kecik lg
    pas derang bgn tido pagi tu
    sure el buatkan milo sorg 1..x pun susu..
    kdg2 tu bg derang roti/cookies
    el tau sure derang lapo..
    hehehehe

  15. siti nurkhijah on April 23, 2010 at 10:00 am said:

    wajibbbb..
    walau anak ct x skolah lagi tp sebelum antaq kat bb sitter dah pekena milo then bekal nasi lemak…
    kalau sempat 1 family mkn roti canai dulu kul 6.45pg kat kedai mamak..

  16. kakngah on April 23, 2010 at 10:01 am said:

    cikaida : aku lom mampu lg nk sediakan ns + lauk utk anak2 di pg hari.. mak ko mmg best!

    wawa : janji ada srpn..

    mimi : xper.. at least ada gak msk perut..

    bada : pepagi sediakn bfas anak2 je, aku nyer bila dh sampai ofs..

    paklong : tentu la.. diorg lg nk guna tenaga bnyk..

  17. kakngah on April 23, 2010 at 10:05 am said:

    rynas : mmg wajid mkn wlu sikit camne pun. sbb kn ke perut dh kosong dr mlm..

    thun : salam… info yg blh dikongsi bersama..

    MR : rasanya bkn xfhm. cuma kdg2 kurang tegas dgn anak2…

    el : bila perut diorg kenyang.. xder la meragam kn….

    ct : zmn skrg kn bnyk pilihn.. kalau xsempt nk sediakan sndr.. kedai melambak..

  18. Darkbatman on April 23, 2010 at 2:47 pm said:

    wajib kak.. kesian kat anak lapa nanti klau x bg bekfes..

  19. Hi, i think that i saw you visited my blog so here i am!.I am looking for ways to add things to my blog!I suppose its ok to use some of your ideas!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Post Navigation