Marmet

Assamalualaikum
Salam pagi Isnin

Persediaan awal untuk tinggalkan dakEpal dalam kepergian mencari rezeki ialah melatih dakEpal menenen dengan botol dan puting tiruan. Langkah pertama sekali, sediakan susu perahan. Oleh kerana ketika itu masih tiada sebarang gajet pemerahan, mummy dakEpal memerah susu secara manual dengan menggunakan teknik marmet.

Apa itu Teknik Marmet?

Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam. – sumber

susu

Ini adalah hasil perahan yang pertama. Dapat dalam 20ml. Pertama kali marmet memang kekok. Naik lenguh tenguk duk nunduk. Serba serbi terkial-kial.

Bila tengok cam sikit jek, ada rasa frust gak la. Padahal bila masa dakEpal menenen kemain memancut-mancut. Rasanya cara perahan tu tidak betul lagi dan masih tak dapat rentaknya.

Takpe, kita teruskan. Kanan-kiri-kanan-kiri.

susu untuk raissa

Boleh tahan gak la… Naik la beberapa takuk. Ada kemajuan di situ nampaknya. Cukuplah untuk perahan pertama.

Bagi hasil perahan pertama kat dakEpal jam tu gak. Ater.. nak kene ajor memuting pelesu la pulak. Dia buat memain je. Mentang-mentang la barang tiruan.

Pagi esoknya, sesudah subuh cuba marmet lagi.

susu dlm botol

Tu yang dia bak sini tuh!
Posing eksen je tu. Sila jangan terpedaya dengan renungan tajam ke arah botol susu. Bila bagi kemain payah. Lebih banyak terbuang dari masuk perut dia.

susu ibu dalam botol

Ini adalah hasil perahan susu ibu dengan teknik marmet untuk hari-hari yang seterusnya. Makin hari makin banyak liang-liang susu yang muncul. Bila penuh susu sebotol boleh rasa kehangatan susu tu.

Lagi satu, boleh nampak yang belah bawah tu agak cair berbanding belah atas sebab yang bawah tu susu permulaan yang mengandungi lebih banyak air berbanding lemak. Biasanya susu awalan ni dipanggil “fore-milk”. Habis susu cair ni kuar, baru yang pekat lak kuar. Hak ini kandungan lemak dia lebih. Susu akhiran ni dipanggil “hind-milk”.

Fuhhhhh!!
Statement cam pakar perunding laktasi kekdahnya… kehkehkeh!!
Nanti kite citer pasal camne ajar dakEPal menenen dengan botol susu lak eh!

Incoming search terms:

  • pam susu ibu
  • maksud marmet
  • marmet susu
  • botol avent
  • teknik marmet
  • perahan susu ibu
  • perahan marmet
  • marmet
  • hasil perahan susu awal pagi
  • hasil perahan susu

13 thoughts on “Marmet

    1. kakngah Post author

      jam tu belum beli lagi..
      pedih?/
      tak la.. syiok ada la… wakakakaka!!!
      larikkkkkkkkkksssssss!!!

      Reply
  1. Pingback: Melatih dakEpal membotol | lindarosman.com

  2. daddyziyyad

    Bagus! Anda faham konsep foremilk & hindmilk. Saya anti betol ibu ibu yg sengaja malas nak beri baby mereka susu ibu, dengan alasan malas/takde masa.

    Hebat jugak teknik marmet anda! Ahahaha
    daddyziyyad recently posted..Promo Launch

    Reply
  3. Pingback: Peralatan | lindarosman.com

  4. Pingback: Perasaan saya | lindarosman.com

  5. Pingback: From zero to eleven | lindarosman.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge