Minggu ke 2

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Dah masuk minggu ke 2 tahun 2013. Orang lain berlumba-lumba buat n3 & up status kat Fb pasal persekolahan anak-anak. Mummy dakEpal duk kat situ je. Ater… mud blogging dah lama ke lombong.

Oleh kerana baru je renew hosting, gigihkan diri mengupdate jugak.
Tak update – takde traffik – takde hasil.
Menrugi di situ dussshh!!~
Pendapatan Nuffnang kene jana untuk bajet tahun depan punyer renew payment.

DakEpal
Hari pertama persekolahan, g rumah makyong macam biasa. Mak cakap

‘Adik masuk sekolah mak je…’

Adief aka Kutam
Hari pertama persekolahan berkonsepkan hantar dan tinggal. Takde mummy dia nak tunggu ke apa. Dia ok. Cuma ada mengantuk sikit sebab bangun seawal 6.20 pagi. Petang tu siap citer ngan mummy ada kawan baru menangis. Menangis sebab taknak sekolah.

Dekat sekolah nama saya lain. Bukan Kutam. Adief!

Adeeb
Hari pertama persekolahan pak dia la yang hantar. Dah masuk tahun 3, cari pasal la kan kalau buat hal hari pertama persekolahan.

Adam
Hari pertama persekolahan naik bas. Dah taknak duk asrama. Ada sebab. Pujuk. Tak jalan. Taknak paksa. Janji tak ganggu pelajaran. So, tahun ni takde rutin lawatan ke asrama setiap minggu lagi.

Syukur permulaan persekolahan 2013 takde masalah kronik. Duit buku sekolah sume dah setel. Tinggal tunggu notis untuk bayar yuran.

Semoga perjalanan kehidupan kami sekeluarga sepanjang tahun 2013 ini berjalan dengan lancar. Dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dan dijauhi segala kemungkaran.
Amin.

Eh! Semalam birthday budak Kutam tu. Dia request kek, belon + sedara dia. Kek, belon tu… ok la. Part sedara dia [sepupu-sepapat dia] pitam mak nak… Nak kene import dari Negeri Sembilan hahaha!! Sempena birhday dak Kutam tu, pak dia belikan beskal kaler hijau. Malam tadi dah gulap gulita pun mintak izin nak kayuh basikal.
Pitamz!

Incoming search terms:

  • baju pengantin peplum songket
  • baju sanding peplum
  • kurung peplum songket
  • pereka fesyen songket kurun 20
  • songket jadi peplum

13 thoughts on “Minggu ke 2

  1. Ummi Hanie

    jana balik pndptn blog nokss… aku pun nak kena renew domain name lak ni… hadoii…

    takpa mak jemahh… anak xmau asrama lagi… dpt bermanja2 dgn mak pak… esok2 masuk uni baru le berpisah sikit ;) dia pun dah matang

    Reply
  2. Yunus Badawi

    Happy belated birthday Kutam.

    Mesti kemaruk baru dapat basikal. Tempeklah gambar Kutam naik basikal kat sini.

    Reply
  3. Dr Singa

    DakAbangLong aku.. aku saja uji nak hantar asrama..
    bior pandai kemas katil basuh baju gosok baju..
    hampeh…
    tak sempat bukak mulut habiskan cadangan dia dah rejek!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge