Moh ke Lambor Kanan kite!

Hari Sabtu kakngah anak beranak ikut ayah ngantor orang kawen. Bukan orang lain pun. Adik tiri ayah yang bongsu. Kira pak busu kakngah la. Ayah amik kat lembah. Konvoi 5 bijik kete je.

Ayah suh kakngah drive sebab ayah dah penat drive dari kampung. Kakngah dapat drive sampai tol Bidor je. DakEpal meroyan masa benti solat maghrib kat hentian rehat Ladang Bikam. Hati kakngah dah rasa lain macam sebab dakEpal tak pernah meroyan gitu.

Benti tunggu yang lain kat restoran kari kepala ikan kat sebelah tol Bidor. Bila dah kumpul ramai-ramai tu, mak-mak sedara kakngah cuba pujuk dakEpal. Kakngah curi-curi dengar mak-mak sedara kakngah sembang. Disyaki ada misteri. Malas nak korek-korek. Sebbaik besan nenek boleh tawarkan.

Kita tinggalkan je kisah misteri itu.
Kembara masih jauh lagi.

sepupu

Anak-anak buah ayah yang baru nak idup. Baka belah ayah majoriti anak pompuan. Diorang ni sepupu kakngah kira mak pak sedara anak-anak kakngah. Semua berebut nak asuh dakEpal. Untung dakEpal ramai dayang kehkehkeh!!

ayah

Ayah dan adik-adik beliau. Adik-adik 1 bapak lain mak. Yang tudung kelabu tu [tak nampak muka] nenek Sara. Glems uols nama nenek iouls.

majlis akad nikah

Majlis akad nikah simple je. Tengok tu ayah… orang sibuk nak menikah, dia sibuk amik gambar hihihi!!

kat pelamin

Lepas selamat ijab dan kabul, ofcoz sessi bergambar. Jam orang hevoc bergambar Adief ntah ke mana. Duk explore rumah pengantin. Rumah kategori rumah tradisional Perak jugak. Tinggi rumah atasnya. Turun naik je la kojernyer si Adief.

atas pelamin

Hancus la gambar kat kamera orang lain wa posing gitu wakakaka!!!

kakngah naik pelamin

Cap ibu dan anak. Rasanya kakngah kurang bergambar bersama dakEpal. Banyak gambar dia ngan abang-abang dia jek. Posing kasi senget sikit muka untuk mendapatkan efek tidak berapa tembam. Bluuueeekkkkkkkkkk!!!

belakang sawah

Kampung Talang, Lambor Kanan. Pemandangan memang cantik. Ni kat belakang rumah pengantin. Adeeb suka betul tengok sawah. Teruja tengok burung bangau. Kalau kene musim padi menguning mesti lagi cantik pemandangannya.

pengasuh bayi

Kan dah cakap…. ramai dayang dakEpal. Asek kene gomol je. Nak larang kang, kot sentap. Lantak deme le. Janji anak teman tak meroyan.

buai tradisional

Paling bes kat rumah pengantin, buai budak. Merasa dakEpal naik buat tradisional gini. Main tarik ngan tali je. Adief jakun kejap tengok buai ni. Dia la jadi tukang tarik tali buai.

makan beradab

Kitorang gerak balik lepas selesai acara makan beradab. Lauk yang paling sedap, gulai ikan patin tempoyak. 2 kali tekau kakngah kamu orang makan hihihi!!!

Kepada pak busu dan mak busu, selamat pengantin baru.
Semoga bahagia selamanya.

17 Thoughts on “Moh ke Lambor Kanan kite!

  1. Melatiqistyna on February 20, 2012 at 10:09 am said:

    Kekocik g ngah sepupu ekao… Hehehe

    Jgn biarkan hidup anda diselubungi MISTERI…. Muahahaha

    • group sepupu adik beradik 1 bapak lain mak ayah aku memang kekocik nok…
      tapi sepupu yang adik beradik 1 bapak 1 mak ayah aku.. tuo-tuo dah hihihi!!!

  2. ehe…suka dengan loghat peyrok tu..wah..tembamnya si kecik kiut tu..hihihi

  3. Amboiii..sonoknya sawah belakang umah gitu kan ngah!!

    Oh ya..selamat pengantin baru buat paksu kakngah tu yea. Moga bahagia ke anak cucu

  4. hahahahaha posing senget tu xleh bla
    eh ngah ko mmg dah cute xyahlah senget2 bluwekkkkkkkkkk

    sal dakepal tu ngahhh..meroyan ke …kasi dia drive sekali kot ahaks

  5. tu yang tak suka bawak anak2 jalan2 sampai maghrib banyak benda misteri time tu kan

  6. salam k.ngah…lambor kanan & Kg talang tu dah nak dekattttttt ngan kg K.atie..hihi.Ada lalu kat sekolah menengah sultan muzaffar shah & masjid masa nak masuk ke kg Talang ye tak?Dah lama x masuk area situ:(

    • kakngah on February 21, 2012 at 8:52 am said:

      salam k.atie….
      ye ke… view kat kampung tu memang cantik la k.atie walaupun kwsn rmh cam semak je…
      alamak! tak perasan pulak. sampainya dah tgh malam. masa balik lak hujan lebat…

  7. Pingback: Tebus baucer KFC | lindarosman.com

  8. Pengantin lelaki tu askar/polis ke? Serious bebenor rupa..misai melintang..hehehe

    Cantik pemandangan sawah padi tu..rasa tenang aja

  9. ngah,
    ko da kurus la!tahniah!
    gebunya dakEpal tu!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Post Navigation