My Yummylicious Finkish Bengkang

Kakngah kembali dalam menyahut Cabaran 100 Setahun beliau.

Dalam misi memecahkan dara loyang lubang tengah, kakngah cuba buat kuih bingka pandan. Resepi amik kat dapur Abby.

Konfiden jek duk bancuh, sekali tu tengok botol pewarna hijau dah expired daaa…. Camno tu? Adunan dah siap. Double lagi. Nak guna daun pandan, tabung blender dah pecah. Ntah bila nak p beli yang baru.

Takpe… takpe… kita buat dia.
Bukan dia buat kita.
Tarik nafas… hembus.. tarik… hembus..

pink bengkang

Takde hijau, pink pun voleyyy! Tak pernah dibuat orang. Bengkang tepung kaler pink. Suka-suka-hati kakngah kamu orang jek kehkehkeh!! Pelik Abem tengok bengkang kaler pink. Heyyyy!! Not bad hoccay! Kalau letak perisa stoberi mesti ngam ngan kaler dia :P

kuih bingka

Nak review loyang lubang tengah lak. First time guna, bingka tepung ada hangus sikit. Berkerak. Api tak cukup halus gitu. Tepi dah masak, tengah belum lagi. Tapi kan.. part kerak tu yang sedapnya.

Jangan terpedaya dengan gambar di atas. Gambar tu keraknya dah hilang masuk tekak kangah kehkehkeh!!!

Performance sulung loyang lubang tengah ni tidak mengecewakan. Senang sangat nak keluarkan kuih. Terbalikkan jek. Gedebuk! Tanggal dah. Sikit pun tak lekat taw!
Ai lef LLT.

Resepi Kuih Bingka Pandan

2 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan gula
3 biji telur (saiz besar, kalau kecik guna 4 biji)
3 cawan santan
****kalau nak tambah air pandan, guna 1/2 cawan dan santan dikurangkan jadi 2 1/2 cawan
secubit garam
pewarna hijau
bijan (ditabur atas adunan bingka)
1 sudu teh perisa pandan (tidak perlu jika guna air pandan)

Kacau gula dan telut terlebih dahulu hingga gula hancur. Telur, kalau boleh di kacau dgn garpu dulu sebelum tuang dalam adunan tepung tu. Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain. Tapis. Akhir sekali tuang dalam loyang. Jangan lupa sapu loyang dengan marjerin dulu supaya adunan tidak melekat. Tabur Bijan dan bakar.

8 Thoughts on “My Yummylicious Finkish Bengkang

  1. Muahahaha…. Akhirnya, dh test gak si loyang tu hek ngah….

    Mesti dakepal suke kalau Dia tau omak eh buat kaler fink… Heheheehe

    Smlm aku buat lagi bengkang tuh gak… :D

    • kakngah on March 4, 2012 at 8:58 am said:

      finally…. kannnnnnnns.

      aku nak buat gak seken round. betul2 bingka pandan kaler ijo. takmo pink.. hihih!!

  2. mak ai..kak ngah dah siap buek kuih bingko topung.
    akak pun lom ponah buek tau kak ngah..he he..ngaku tu..

  3. lopeh ni buek bengkang ubi lak yooo…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Post Navigation