nasi ayam

.

harini terlebih rajin. kakngah masak nasi ayam.
siap lumurkan ayam dengan madu minda lagi.
“Bajailah minda dan jasadmu dengan 1001 khasiat madu” – tagline kat botol madu minda :P

nasi ayam

mat adeeb yang dah tak tahan nak makan nasi ayam sebab kelaparan baru balik dari sekolah dan mummynya telah memaksa beliau basuh kasut sekolah sebelum makan.

timun di mata

mat adief ni pulak duk belasah makan timun SAHAJA sampai meleleh-leleh air liur kat dagu. adief memang pecinta timun. 3/4 batang timun berjaya dihabiskan oleh beliau seorang.

kekenyangan

dah kenyang memasing melentang tengok katun. macam ulau belengkau atas pagau!

Resepi Nasi Ayam
*************

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

Untuk rebus
- 1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
- 2 ulas bawang putih
- 2 sm halia yang diketuk [tambah 1 suku makan stok pekat ayam]

Untuk perap
> 1 sudu besar kicap pekat
> 1 sudu besar sos tiram
> 1 cm halia
> 2 ulas bawang putih
> sedikit kicap cair [kicap cair takde. ganti dengan kicap cap kipas udang]

Untuk nasi
- 5 cawan beras
- 3 sudu besar butter
- 1 cm halia – ditumbuk
- 4 ulas bawang putih – ditumbuk
- air rebusan ayam tadi secukupnya
- sedikit garam

Bahan sos
> 5 biji cili merah
> 5 ulas bawang putih
> 2 cm halia
> 1 sudu teh cuka, garam, gula [cuka takde. ganti dengan perahan limau nipis]
> 1/2 cawan air

Untuk sup
- lebihan air rebusan ayam
- 1 biji bawang besar kisar
- rempah sup [ganti dengan sup bunjut]
- garam
- daun sup yg dihiris.

Cara-cara
1. Ayam dipotong ikut suka besarnya. Bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yang ditumbuk dan 2 sm halia yang diketuk dan rebus hingga empuk.

2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15 – 20 min. Goreng hingga garing.
Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. Masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.

3. Untuk sos – blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka).

4. Untuk sup – air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

sumber resepi : My Resepi

Incoming search terms:

  • nasi ayam
  • resepi nasi ayam madu
  • resepi nasi ayam
  • resepi kicap nasi ayam
  • nasi ayam madu
  • resepi nasi ayam sedap
  • sos nasi ayam
  • resipi nasi ayam
  • resepi sos nasi ayam
  • ayam nasi ayam

29 thoughts on “nasi ayam

  1. Azrina3.7

    Kesian Adeeb..
    Alamak ! Angah belum basuh kasut sendiri. Along baru tahun ni mula basuh.

    Tengahari ni tak masak..
    sindrom malas melanda
    Angah & Adiq makan nasi ayam gak tapi beli.
    Den mengomeh tak siap-siap.
    Ni benti jap..

    kReen kalau buat, nak cepat aje Kak Ngah..
    Ayam rebuskan sekejap dengan sup.
    Pastu tos dan gaul dengan bahan-bahan perap
    Masa nak goreng; gitu-gitu aje sebab isi dah masak.
    Azrina3.7 recently posted..RaYaNunDalWau

    Reply
    1. kakngah

      @Azrina3.7,

      kakngah kejam sikit k.reen hihihi!! tak koser nak basuhkan. biar dia basuh sendiri. bersih tak bersih, belakang citer. janji buat sendiri.

      pssst!
      masa adam tahun satu dulu, mesen basuh kakngah yang basuhkan kasut dia.. :P
      kakngah recently posted..nasi ayam

      Reply
    1. kakngah

      @Cik ina minat do do Cheng,

      kan..
      kalau makan kat luar pun, order nasi ayam gak yg senang untuk bebudak..

      memang sedap pun chik ooiii.. [sape lagi nk puji kannnsss.. hiks!]
      kakngah recently posted..nasi ayam

      Reply
    1. kakngah

      @Kak Long Mawar Merah,

      senang kan kaklong…
      all in one. tak payah pening2 nk fikir masak lauk apa.
      haah.. memang agak melekit sikit bila menggoreng. kuali pun berkerak.. huhuhu!!!
      kakngah recently posted..nasi ayam

      Reply
    1. kakngah

      @ayuraza,

      ala.. apa susah dek..
      ko google jek.. kehkehkeh!!
      kene cuba buat. selagi tak cuba, selagi tu tak reti.. aku dulu tak gak tau buat.. kene try & error..
      kakngah recently posted..nasi ayam

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge