nasi mandhi ; edisi tak berapa nak mandi

.

assalamualaikum
salam pagi isnin. amacam permulaan pagi isnin minggu ini? bersemangat atau lemau selepas mendengar Bajet 2012??

ni nak gebang pasal nasi mandhi.
amik resepi ngan kak erna menjak bulan puasa lagi. baca bahan yang diperlukan sepintas lalu. sonang bai too!! sudahnya, sampai habis raya tak juga jalan projek masak nasik mandhi. alasan kukuh, bila nak beli beras moghul faiza basmathi, packing kecik takde. yang ada packing 5kg. mak ai… tak lalu nak beli kehkehkeh!!

awal bulan haritu masa topap barang keperluan, ada pulak stok beras basmathi 1kg ni. tanpa segan silu, rembat & campak dalam troli.

beras moghul basmathi

maka, bermula la projek nasi mandhi.
klung! klang! klung! kleng! sampai pertengahan jalan… tu dia… ada langkah yang kakngah tak perasan memula baca resepi.

nak tak nak… terpaksa la skip part

Bila nasi kering, buat lubang ditengah nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.

maka, jadi la nasi mandhi tak berapa nak mandi kehkehkeh!!!

nasi mandhi - nasi mandi

dah tinggal suku piok baru tingat nak amik gambar. haritu kakngah lawan nasi mandhi dengan kari daging rusa.

nasi mandhi dan kari rusa

walaupun nasi mandhi kakngah ni tak sempurna.. namun rasanya tidak mengecewakan. memang cocok dengan tekak kami anak beranak. hhmmm.. kalau ada aroma arang tu, tentu terasa kelainan nasi mandhi ni kan???

resepi nasi mandhi @ nasi mandi ada di bawah. untuk resepi kari daging rusa pula, boleh rujuk belakang paket serbuk kari cap babas atau adabi k…

Resipi Nasi Mandhi

Cara Penyediaan Nasi Mandhi
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya – **tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cawan kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning- guna 1 sk kunyit campur dgn sikit air
Garam secukup rasa.

Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
#Bila nasi kering, buat lubang ditengah nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Incoming search terms:

  • resepi nasi mandhi
  • resepi nasi arab
  • nasi mandhi
  • resepi nasi
  • resepi nasi mandi
  • mandhi
  • beras basmathi
  • resepi nasi arab mandi
  • resepi nasi minyak
  • NASI

30 thoughts on “nasi mandhi ; edisi tak berapa nak mandi

    1. kakngah Post author

      @kak erna,

      haah kak.. cumo haritu terlobeh lak air eh.. tak berdorai na. lopeh tu p kaih ngn sudip. habih putuih boreh panjang tu.. :P

      Reply
    1. kakngah Post author

      @anamarza,

      tu la.. part arang tu yang specialnya pun…. memang memula baca resepi tak perasan betul part arang tu. kita baca tang bahan2 jek. bila bahan mudah nak dpt, tu yag semangat nak try. sekali dah setengah jalan masak, baru perasan.. mana la nak cekau arang hihihi!!!

      beras basmathi tu ada baki lagi. kira boleh sekali masak lagi la.. tak tau nak projekkan apa…

      Reply
    1. kakngah Post author

      @Myra Jay,

      sila try.. jangan lupa baca resepi dan langkah penyediaan sampai habis sebelum mula masak… :)

      Reply
    1. kakngah Post author

      @lee lin,

      tu la pasal… sebbaik hasil nasik tka berapa nak mandi aku tu enak dimakan jugak.
      las2 aku hadap gak nasik mandi kat kedai kehkehkeh!!!

      Reply
    1. kakngah Post author

      @mimi,

      rasa meknem nok… wakakaka!!
      rasa daging rusa la. tapi aroma kerusaan tu takde la sekuat aroma kekambengan. lepas tu, cepat empuk tau… jimat gas :p

      Reply
    1. kakngah Post author

      @ajumohit,

      meh pindah sebelah rumah aku hihihi!!!

      ikut angin jugak ju… kalau angin malas tu datang, menebeng kat kedai jugak la.. kehkehkeh!!!

      Reply
    1. kakngah Post author

      @kakpah,

      dah la kak. duo kali setakat pukul ompek ni. dah masuk 7 bulan ni.. bahang boto ghaso eh. kekojap kang mandi…
      orang ponah makan sekali yo kek situ kak. maso memulo bukak dulu. beso la.. bondo dokek tak heran na kehkehkeh!!!
      kok tak hujan, kang buleh pekono cendol behrang kak.

      Reply
  1. Pingback: ..::: ini banglo kakngah ::.. | a cup of life a barrel of luv

  2. Pingback: ya habibi ya maulana... | a cup of life a barrel of luv

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge