Hujung Minggu

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Mencik tau! Enjen kuasa kuda itu buat perangai. Saja je duk sakat orang eh! Dah puas godek-godek sendiri. Tak maun gak. Ni sume buat orang moody jek. Terpaksa la panggil pomen nampak gayanya. Nak panggil pomen pun kene la tunggu rimau mengaum 26hb sok. Sebab ada sorang sahabat geng jahit-jahit cakap dia kene sampai rm200 duk mempomenkan enjen beliau. Takkan nak panggil pomen ngan air liuq je… :P

Hujung minggu lepas bawak anak-anak berlibur di sungai. Kali terakhir mandi sungai rasanya masa mengandungkan dakEpal 8 bulan. N3 tu dah delete pun sebab ada masalah teknikal sikit. Malas mau bikin, kasi delete terus. Setel. Memang dah cakap ngan anak-anak selagi dakEpal lom cukup besar segala aktiviti mandi manda di sungai tidak akan berlaku. Sekarang ni, dakEpal dah nak masuk 1 tahun 4 bulan. Boleh dah on balik aktiviti mandi sungai.

Kekonon nak bawak bekal rendang ayam. Tapi tak kose nak kuar pagi-pagi g pasar lepas tu nak kuar balik g sungai, kita masak je apa yang ada kat dapo tu. Ikan dalam tin muahahaha!!! Sambil masak, kerahkan askar kemas rumah. Korang nak g mandi sungai, sila menkemas.

sungai inki Continue reading

Sweet Tiered Dress

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Aiyak! Minggu ni lambat ke udara. Dah la posting seminggu sekali je….

Harini nak mensohorkan pattern baru yang mummy dakEpal belajar bulan lepas. Sweet tiered dress. Mummy dakEpal memang suka yang beropol-ropol dan bertingkat-tingkat. Bila cikgu bukak kelas pattern ni, cepat-cepat cop tempat. Biasanya dalam 1 kelas cikgu amik dalam 5 orang je. Oh ye.. mummy dakEpal belajar jahit dengan Kerjatangan Suri. Kalau ada yang berminat, boleh la roger-roger beliau.

sweet tiered dress Continue reading

Peplum Kanak-kanak

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Hasrat nak update dengan lebih kerap selepas tukar cat banglo ni tidak kesampaian nampaknya. Hasrat tinggal hasrat je la. Salah sendiri pun. Tak dan nak curi waktu update blog.

Sekarang ni kan tengah musim peplum kan… mana boleh ketinggalan.
Ater.. kene la ikut arus fesyen terkini kekdahnyer.
Oleh kerana si emak tak berapa nak seswei pakai peplum, awak buatkan la untuk si anak.
Kali ke 2 joint pattern tester dari Popolok Design – Cece Top & Dress.

peplum kanak-kanak

Baju peplum kanak-kanak ni berlining sepenuhnya. Berpeluh ketiak mak melayan lining baju. Part yang paling susah sekali adalah nak pasang zip sorok. Sungguh-sungguh-sungguh tak cantik hasilnya. Daku kuciwa. Lalu tetas semula dan pasangkan je zip biasa sahaja.

Tinggalkan part yang susah itu.
Kita pergi ke part yang best lak. Continue reading

Portable Sewing Machine Bag

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Suka dak cat baru banglo kakngah ni?
Hari Sabtu haritu duk mengigihkan diri menggodek-godek dashboard wordpress ni tukar theme baru. Sebbaik menjadi. Biasanya ada orang yang tolong godekkan. Guna free wordpress theme sudah! Bajet okay! Tahun ni Nuffang tak bagi BE. So, no budget for custom made theme. Nak tempah header baru pun takde bajet muahahaha!!!

Tajuk speking London ko… hiks!

Menjak dah menggiler menjahit ni, mula la joint macam-macam group jahit menjahit kt FB. Macam-macam ilmu dan tips boleh dapat. Sama la macam masa joint group ibu menyusukan dulu. Dah duk dalam kelompok penjahit professional mahu pun penjahit bawah pokok -> mummy dakEpal, macam-macam gajet yang berkenaan kita boleh jumpa. Salah satu daripada nya, beg mesin jahit mudahalih ni la. Pusing 1 lembah lom tentu jumpa.

beg mesin jahit
Continue reading