Lawatan Yang Berhormat

Ngeee.. tak habis lagi tau citer rumah kami terbakar ni.

Hari Sabtu lepas kejadian tu, mummy dakEpal amik compassionate leave. DakEpal tetap hantar rumah babysitter. Pagi tu kuar g pekan tanjung beli barang keperluan. Lepas tu ngeteh ngan kak Bed.

Dalam pada ngeteh tu, dapat call dari Kakcik Juriah. Katanya dari kenduri onkawen nak terus mai lembah. Memang kebetulan. Biasanya hari Sabtu adalah hari bekerja sepenuh hari mummy dakEpal. Kakcik Juriah dan abang Bob datang sekali ngan kak Azie & Acu.

Lepas minum-minum-sembang-sembang ajak diorang g melawat rumah kami yang terbakar tu. Memang betul-betul gaya yang berhormat turun padang melawat kawasan la. Especially kak Azie.. muahahaha!! Kak Azie, hampunnnnnnnn!!! As blogger tak sah kalo tak amik gambar kan… Gambar-gambar sepanjang lawatan diorang ada kat SINI dan SINI.

pindah masuk barang Continue reading

Sehari Selepas Kejadian

Sehari selepas kejadian rumah kami terbakar tu, mummy tetap hantar dakEpal ke rumah makyong. Tak masuk workshop tapi. Kalau dakEpal ada, memang tak boleh nak buat apa la jadinya nanti.

…Nak merempan sat…

Mummy dakEpal roger la admin exact. my department kaborkan musibah yang berlaku. Lepas tu duk tanya la compassionate leave. Cik kak tu cakap rumah terbakor tak entitled compassionate leave. Dia suh mummy dakEpal masuk workshop pepagi lepas tu roger en. bos mintak kebenaran nak balik. For sure en. bos bagi kebenaran. Tapi takkan la nak buat kerja sesia ulang alik lembah-kuala-bukit-lembah semata-mata nak fingerprint kedatangan. Orang dah la dalam keadaan camtu. Bazir masa, bazir tenaga, yang paling membazir kos perjalanan la. Kalau workshop tu kat lembah gak takpe la jugak kannn… [sila baca perkataan 'kan' dengan nada che lah masterchef :P ]

dilanggar garuda Continue reading

Cerita Mereka

- Anak no. 1 -

“Memula Kutam main lighter. Kite dah amik dah. Lepas tu dia amik balik. Masuk bilik bakar buku Ujang. Kutam tu la.. degil sangat. Orang dah cakap jangan main lighter dia main gak.”

Adam cerita dengan nada merungut-rungut-merapu-rapu. Duk ulang-ulang salahkan adik dia. Masih menggigil 1 badan. Mummy cakap – takpe la.. dah nak jadi kan. Janji Adam ngan adik-adik selamat. Yang dah terbakar tu biarkan la… dah tak boleh buat apa lagi dah…

“Kite tengah main intenet. Adeeb panggil kite. Kite masuk bilik tengok dah terbakar. Kite nak padamkan api. Kite amik pemadam api kat luar tu. Adeeb dah tarik pin, tapi tak boleh gak. Kite amik air, siram api lagi besar. Kutam tu la.. degil sangat.”

Tak habis-habis salahkan adik dia.
Memang betul diorang cuba padam api dengan pemadam api. Tong pemadam api tu tergolek-golek kat tetengah bilik masa memula masuk tengok keadaan rumah. Hos dia pun dah cair terbakar.

“Kite bawak Adeeb ngan Kutam turun bawah. Lepas tu kite naik balik nak call baba. Tapi masuk je rumah kabus dah tebal. Kite call baba tak dapat.”

Ya Allah anak…. Sebbaik la kamu tak pengsan ke apa terhidu asap masa naik semula. Mesti masa tu asap dah tebal penuh 1 rumah.

bedung terbakar Continue reading

Rumah Kami Terbakar

4 Disember 2012
Tengahari – jam 1 lebih

Dapat call dari pak dakEpal.
“Mi, rumah kite terbakar” [nee-noo-nee-noo-nee-noo ; saun efek bunyik kete bomba]
Menggigil kepala lutut.
Tanya anak-anak dulu.
Rumah yang terbakar tu lantak pi la.

Put down the fon.
Nak balik jam tu gak.

Dapat call lagi dari pak dakEpal.
Bebaik bawak kete katanya.
Anak-anak semua selamat. Diorang ada kat cafe.
Ok.
Ai bawak kete hati-hati.
Dari bukit ke lembah 10 minit tapi.
Ai cilok kiri-kanan-tengah-kanan-kiri.

rmh terbakar Continue reading