1 tahun

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Makin hari makin jarang post n3. Ntah la.. menjak bekerja semula ni mud berblogging makin merundum. Dulu, kalau boleh wajip 1 hari 1 n3. Ada sekali tu kemaruk kejar traffik, penuh banglo ni dengan n3 sokabar-majalah-mangga. Sekarang ni, semua n3 sokabar-majalah-mangga dah kene delete. Bagi ruang lega sikit.

raissa

Cik tuan puteri pucuk kalompang, bangun tengahari montot berlobang ni… udah genap 1 tahun usianya hari ni. Jarang betul gebang pasal milestone dakEpal ni. Apa nak buat.. mud blogging mummy dia ke lombong sudah.

Raya haritu dapat duduk sendiri dia. Raya haritu gak 2 gigi kapak di atas dan 2 gigi cinonet yang senget di bawah keluar sepenuhnya. Selang sebulan lepas tu, mula merangkak.

berlumuran muntah

Bulan September, dakEpal kene cirit-birit-muntah-muntah tanpa diketahui apa puncanya. Satu menda pun tak boleh masuk. Asal masuk – kuar balik. Takde menda yang boleh kuar lagi. Hujung-hujung kuar lendir air kuning je. Continue reading

Zikir Terapi Diri – Hafiz Hamidun

Memula dengar & tonton zikir yang dialunkan oleh Hafiz Hamidun ni kat Astro Oasis. Asyik. Video klipnya pun cantik. Orangnya pun sedap mata memandang. Eceh!

Bulan lepas pak dakEpal belikan CD nasyid Raihan. Aiseymennnnn.. beli CD tak bagitau orang. Orang nak CD Zikir Terapi Hafiz Hamidun la…

zikir terapi hafiz hamidun

Kelmarin dapat gak beli CD Zikir Terapi Hafiz Hamidun. Dah 2 hari la perjalanan pergi balik kerja ditemani dengan suara Hafiz Hamidun. Hmmm… sungguh membelai jiwa tatkala memandu.

Awat ayat last tu cam poyo jek??
Hahahaha!!
Menjak dah kurang berblogging ni, makin kelu pulak nak menaip.

Telekung ke dua

Memang tak puas hati dengan hasil pertama.
Adat la kan…. first time buat memang banyak cacat cela.
Masih tak jumpa teknik yang betul.
Kita cuba sekali lagi.
…dan….
Ini hasilnya.

telekung kanak-kanak

Jahitan bertambah kemas [perahsan!]
Ada upgrade sikit berbanding telekung lip lap si fina tuh kehkehkeh!!! Sikit je la pooonn… :P
Ha.. getah sangkut kepala tu kan….. rasanya nak dekat 5x buat. Try & error. Rasa rumit sangat nak bajet size getah tu. Kalau orang lain ketik jari je tuh! Terbesar sangat, nampak comot. Dah ngam, bila terbalikkan, kain pecah la pulak. Hmm.. itu yang paling kemas dapat dihasilkan….

ropol telekung

Reropolnya pun lebih meriah sebab sayang nak potong lebihan reropol. Santak reropol tu ikut panjang asal reropol. Bila ukur ada baki, tarik lagi bagi tambah kedutnya. Tak kose nak potong. Sayang kain. Continue reading

DIY telekung kanak-kanak

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Pagi ni bikin panas betul ah. Gara-gara isu pengacara rancangan Galaksi untuk aksi geli geleman masa gossip artis menyusu anak secara terbuka. Itu pengacara memang bikin bf mommies hot hoccay! Sekarang ni ramai bf mommies bersuara di fb Galaksi menuntut agar pengacara tesebut memohon maaf secara terbuka. Bak kata salah seorang mommy, si anak dara Miera Liyana yang TERdedahkan kopek aset tu, takde pulak reaksi geli geleman tu kannnnnn….

Tinggalkan perkara di atas.

Hari sabtu lepas maklang dakEpal mai lembah. Sesaja berlibur di hujung minggu. Lagi pun Raya Haji haritu tak jumpa pun sebab maklang dakEpal balik Ganu. Maklang bawak cistat, muffin coklat & puding triffles. Tq maklang. Cistat & muffin dah selamat dikendurikan masa g melawat Adam kat asrama petang semalam.

Sebagai balasan, mummy dakEpal buatkan mini telekung untuk kakak Fina. Senang je jahit telekung kanak-kanak ni. Cuma yang struggle sikit nak tarik benang secara manual nak bagi kedut ropol tu. Hmm.. ada tapak khas ke untuk buat kekedut ropol tu untuk mesen jahit industri??

Mummy dakEpal DIY telekung kanak-kanak ikut tutorial the coolest makcik in town satu ketika dulu. Sekarang beliau sudah bertukar menjadi benggali juai kain. Sape lagi kalau bukan Makcik Rehan. Tutorial jahit telekung kanak-kanak ada di SINI.

DIY telekung kanak-kanak

Dah serupa pokok berhias makngah nengok fina ni kehkehkeh!! Nanti bila dah senteng, suh mama belikan kain taw.. makngah jahitkan.
Continue reading