Eh! Ada n3 la hari ni…
Bukan senang tau mau up n3 hari-hari hahaha!!
Ok. Tak lawak.
Awal bulan haritu mummy dakEpal joint pattern tester dari Popolok Design. Joint pattern tester ni ada syarat-syarat mudah yang perlu dipatuhi. Kalau sanggup dan setuju baru la pattern dikirim. Tugasan kene siap dalam jangka masa yang sudah ditetapkan.
Dah terima pattern & tutorial, ayoh kita mulakan!

Memula kasi print out semua pattern & main jigsaw puzzle. Colour printing lebih bagus. Senang nak cantum.

Dah siap cantum, gunting pola ikut saiz yang dikehendaki. Pattern ni bes sebab ada semua saiz.

Lepas tu kita main tekap-tekap kat kain. Dah tekap, kita main potong-potong lak. gunting kene betul-betul tajam dengan kepanjangan yang sederhana supaya senang nak kawal bila gunting kona-kona gitu.

Dah setel part menggunting kain, kita main cantum-cantum pulak. Kasi pin kemas-kemas dulu sebelum merempit dengan enjen kuasa kuda. Suka sangat part cantum-cantum ni. Ralit. Bila cantuman tu sharp & kemas, rasa puas sangat.

Seterusnya, masa untuk cantum zip. Part ni ada derhaka sikit. Pasang zip ikut cara biasa sahaja tak seperti yg ditunjukkan dalam tutorial. Terkeliru sikit. Ingat cara yang ada dalam tutorial tu untuk zip sorok. Rupa-rupanya guna zip biasa pun boleh aplikasikan teknik camtu.

Finally… siap sudah!
Kalau buat tanpa sebarang gangguan atau iklan, sekejapan je boleh siap. Takde la rumit mana pun untuk tukam jahit bawah pokok cam mummy dakEpal ni. Secara keseluruhannya tutorial lulu dress dari Popolok Design mudah difahami dan jelas. Dapat lak ada gambar berwarna setiap langkah. Takyah baca pun boleh faham. Duk tengok gambar je….

Model rasmi.
Kemain payah nak amik gambar.
Saiz 2 adalah sendat kat pewot dakEpal.
Mummy akan usahakan saiz 3.
Incoming search terms:
- pola dress kanak-kanak
- pola gaun kanak-kanak
- tutorial dress kanak-kanak
- dress kanak-kanak
- cara membuat pola baju gaun kanak-kanak
- cara buat pola peplum
- cara membuat baju kurung peplum
- peplum dress budak
- cara potong gaun kanak-kanak
- cara membuat dress kanak-kanak
sibbb mesin jahit tu tak cedera masa fire! fire! fire! hari tu kan!!
hahaha!! ye kakak… enjen aku tu selamat.
kalau tak.. meroyan aku huhuhu!!
Cantik lah bila dah siap baju ni…
Anuar recently posted..10 Blogger Terbaik Malaysia Vs Pak Ya Homestay
terima kasih.
comeiiiinya, bertuah dpt mak yg pandai jait baju, beruntung sgt
akak su recently posted..Bonsai kesayangan en. abah kena curi
alhamdulillah.. boleh la kak.. seseikit…
ha, bak sini yg mana dh sendat tu.. kaseh boleh pakai.kikiki..
meroyan aku tengok dress cantik2 ko buat nok..
salmia recently posted..Aku dan laksa
nnt pm alamat. aku pos kan….
REALLY?
hahaha.. alamat last aku bg ari tu sama lg.. ;p
salmia recently posted..Aku dan laksa
jeles tul lah leh jait baju anak…bila la nak belajar menjait ni
el recently posted..MAA ROY THAI SEAFOOD RESTAURANT KRYSTAL POINT PENANG
ngee.. skrg pun voleyyyy..
nak senang.. hang oder je ngn aku hihihi!!
comel la dak epal pakai dress pokadot!
syida recently posted..Jungle Gym
pehhh… respek lahhh…
kalo aku, nak cantum2 pattern tu pon tak tercantum gamoknyer…
ehh aku pun nak laa kalo ada pattern lagi simple untuk blouse ke…
fuhh… nmpk simple je dress nye tp mcm jenuh juge (bagi aku) nak siapkan cantuman bagai tu. apa pun, cun ah dress dak epal !
Ummi Hanie recently posted..Terjebak jua dengan demam Durian Crepe
hmm ni yg semangat nk blaja jahit tapi dari tahun lepas ckp mcm ni hihihi
ajumohit recently posted..Salam Maulidur Rasul 1434H | Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah
Pingback: Peplum Kanak-kanak | lindarosman.com