Pemakanan Ibu Hamil

.

syukur sesangat tiap kali mengandung memang takde sebarang alahan, takde morning sickness, takde muntah-muntah… sampaikan makyong, bekas pengasuh anak-anak pernah cakap…
“kau ni.. senangnya bila mengandung. beranak la selalu…”
voley???

sebagai seorang yang tiada alahan, memang takde sebarang masalah dalam mengambil makanan seharian. apa je boleh. janji kenyang! kehkehkeh!!!

walaupun tiada masalah, takde la makan sesukahati. issh…. tak boleh pandang remeh benda ni. kadang-kadang penyakit pun pandai bersembunyi. nampak cam tak sakit tapi ada penyakit. kadar gula dalam darah kene jaga… begitu juga tekanan darah. tu sume punca nak kene pen merah dalam kad fink jek nanti.

pada yang sedang mengandung seperti tuan tanah kedaung ini…
dan juga
pada yang bakal mengandung
atau
yang bercita-cita untuk mengandung
tak pun yang ada potensi dimengandungkan [ops!]
meh kita tambah ilmu pengetahuan tentang pemakanan ibu hamil bermula dari awal kehamilan lagi. artikel ni dapat dari emel rambang yang diterima….

.
.
.

Pemakanan Ibu Hamil

Trimester pertama (1 hingga 3 bulan):
Peringkat awal bagi pembentukan organ janin (sistem saraf, otak, jaringan, otot, dan sel-sel darah) dan pembentukan plasenta. Jadi, selain memerlukan makanan yang seimbang, jangan abaikan keperluan tubuh anda yang memerlukan protein, asid folik, zink, dan zat besi. Perlu diketahui, ibu hamil perlu elakkan memakan hati, khususnya di peringkat ini kerana hati mengandungi vitamin A yang tinggi, dan boleh menyebabkan kesan sampingan kepada bayi dan mungkin akan menyebabkan bayi yang lahir cacat.

Protein berfungsi untuk memelihara sel, menghasilkan hemoglobin, membentuk kekebalan tubuh, mengoptimumkan perkembangan otak janin, menambah susu ibu, dan sebagainya. Protein biasa didapati dari produk haiwan (daging, ikan, telur, susu, keju, dan hasil laut) dan produk tumbuh-tumbuhan (kekacang, biji-bijian, tempe, tauhu dan lain-lain).

Zink penting untuk mengoptimumkan perkembangan otak, mencegah anemia, mencegah terjadinya keguguran, dan sebagainya. Sumbernya? Hasil laut (terutama ikan yang berlemak tinggi), daging, telur, popcorn, dan sebagainya).

Zat besi (Fe) diperlukan untuk pembentukan hemoglobin, cadangan zat besi janin, dan sebagainya. Biasa diperoleh dari daging berwarna merah, bayam, kangkung dan kekacang.

Trimester kedua (4 hingga 6 bulan):
Masa pertumbuhan janin dan plasenta, serta pertambahan volume darah. Jangan lupa, pengambilan protein, kalsium dan zat besi mestilah mencukupi.

Kalsium (Ca) berperananan dalam pembentukan tulang dan gigi janin, pembekuan darah, meningkatkan metabolisme kalsium, dan sebagainya. Biasanya anda boleh dapati dari susu (sumber terbaik), keju, aiskrim, rumput laut, roti, ikan yang tulangnya boleh dimakan (sardin) dan lain-lain.

Trimester ketiga (7 hingga 9 bulan):
Masa untuk mengoptimumkan pertumbuhan otak janin, dan ibu perlu bersiap sedia untuk proses bersalin dan menyusukan bayi. Sekarang, tubuh anda perlu cukup zat besi, kalsium, vitamin B6, dan asid lemak omega-3 (misalnya, dari salmon dan tuna).

Vitamin B terbahagi kepada beberapa vitamin, seperti B1 (tiamin), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B6 (piridoksin), B12 (kobalamin), dan sebagainya. Tugas vitamin B cukup banyak juga, seperti untuk metabolisme karbohidrat, metabolisme protein, menjaga fungsi sel dan jaringan, pembentukan sel darah merah, pertumbuhan janin, dan sebagainya. Vitamin B boleh diperoleh daripada daging, telur, susu, keju, kacang-kacangan, biji-bijian, bayam, tomato, pisang, avokadoo, beras merah dan lain-lain lagi.

Incoming search terms:

  • hamil
  • makanan untuk tambah hb
  • makanan tambah darah untuk ibu mengandung
  • makanan tambah darah
  • pemakanan ibu mengandung di awal kehamilan
  • makanan untuk tambah hemoglobin
  • pemakanan ibu mengandung
  • makanan tambah darah untuk ibu hamil
  • pemakanan ibu hamil
  • makanan tambah hb darah

48 thoughts on “Pemakanan Ibu Hamil

    1. kakngah Post author

      @el,

      tu la.. dpt lak dah makan sedap lagi berkhasiat… lepas tu keluar balik.. oh! sedey..
      dah masuk 7 bulan.
      kejap jek kan…

      Reply
    1. kakngah Post author

      @mamaNoriz,

      give me 5 lah!
      walaupun berbadan dua, bukan alasan utk kelihatan selekeh kan!!!?!
      salam kenal juga…..

      Reply
    1. kakngah Post author

      @cik ina minat do do Cheng,

      sama la..
      suka minum susu.. kadang2 curi stok susu adief hahhaha!!
      nikmat la susu budak gomok tu…

      Reply
    1. kakngah Post author

      @Melatiqistyna,

      alhamdulillah…
      rezeki kan..
      tu pasal bila tgk org alah teruk masa mengandung, aku bersyukur sangat bahagian yang aku dapat….

      Reply
    1. kakngah Post author

      @Ummi Hanie,

      salam ummi…
      ada geng lagi sorang hihihihi!!!
      dah masuk 7 bulan. pun dah macam mak penguin. spesis boyot terlampau. kulit tebal kehkehkeh!!!
      insyaallah.. mudah2an semua selamat dan sihat.. amin.

      Reply
    1. kakngah Post author

      @stella,

      biasa la tu. bila mudah tang ini.. susah pulak tang itu….
      insyaallah.. ada rezekinya tu..
      meh amik berkat aku.. :p

      Reply
    1. kakngah Post author

      @salmia,

      aku memang dah tak kuasa nak makan ati nok…
      kang, aku jugak yang merana.
      so, fikir yang positif sahaja. malam pun tido lena… hihihi!!!

      Reply
    1. kakngah Post author

      @Ajumohit,

      hhaaaa…. bab duduk dlm gelap jek.. aku dah jumpa sorang baru jek jumpa raya haritu.
      orangnya ialah pembekal mangga WW aku semalam hihihi!!!

      Reply
    1. mimi

      @juliet,
      ko jgn lupa print ngan laminate skali tau juliet….biar tahan lama hehehe…

      nok…..aku mmg sgt semburu dgn ko…
      aku suka ngandung tp mikir mabuk tahap lembek-nak poie kencing pun tak larat tu yg errrrrr nnt dulula…eh tapi bln ni aku dah delay 2 hari!!!!! aku xpernah delay kecuali……….

      Reply
      1. kakngah Post author

        @mimi,

        huh???? delay 2 hari dah?? jangkitan kah?? tapi belum musim world cup lg nih! hahaha!!
        lebih baik ko ikut nasihat kakpah kat bawah tu…
        :P

        Reply
    1. kakngah Post author

      @azieazah,

      kakngah memang takde loya ke hape. kalau mual pun.. memang jarang sesangat la. dah masuk 7 bulan ni.. lagi la takde mende.
      cuma sekarang ni tak tahan ngn bau bebudak 3 orang ni ha… kemain busuk rasanya hahahaha!!

      Reply
    1. kakngah Post author

      @kakpah,

      ye la kak.. sesapa yang masih nak menambah tu.. baik beranak cecepat. jangan gap jejauh. cam kakngah ni ha.. baru nak relek anak dah besar.. kene mula balik bela anak kecik. beranak rapat2, sekali harung bagi besar. lagi satu, memang banyak beza mengandung masa umur 20-an dengan 30-an ni…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge