Cuti sekolah sudah sampai ke penghujung. Sok g dah nak hantar Adam balik asrama semula. Baju sekolah semua kakngah dah siap gosok. Beg balik asrama Adam pun kakngah dah siap packing. Tinggal nak masukkan towel, cadar, sarung bantal & selimut Adam je.
Cuti sekolah seminggu lebih ni tak ke mana sangat. Awal minggu kereta masuk workshop. Perbaiki apa yang patut sebelum melarat.
Khamis lepas Abem amik cuti. Sebab utama nak g tukar tayar kereta. Tayar kereta tu kronik bebenau. Dah nampak benang. Alang-alang tu, Abem bawak sekali omak anak-anak keluar.

Muka ngantuk. Jam ni memang time dia tido. Adam komplen adik dia pakai skirt gini sebab dakEpal suka singkap skirt kehkehkeh!!! Sebbaik pakai tight. Dia suh adik dia pakai purdah.
Keluar-tol-masuk-tol, singgah NSK. Bukan nak beli barang ke apa, nak cuci kereta. Kete naik kepam dah. Roger tokey KJB nak collect suar, tokey tak dan nak keluar jam tu. Malas pulak nak mudik ke depan jeyJey. Len kali jek la amik.

K-pop letewww… Budak ni duk pakai baju berlapis-lapis dari pagi sampai ke tengahari. Jenuh suh dia bukak. Taknak dia. Mak dia yang rimas taw!

Sementara tunggu tukar tayar, g cuci-cuci mata kat Paksen. Siyes mummy dakEpal cuci mata tengok stroller hihihi!! Kete siap, Abem tanya Adam nak g mana. Adeh… cer tanya mak Adam, gerenti laju je jawap nak g mana hihihi!!
Oleh kerana semua tak tau nak g mana… ayoh anak-anak! Kita pergi tempat yang berilmiah. Planeterium Negara.
Terletak di Taman Tasik Perdana dan dikelilingi oleh Masjid Negara, Muzium Negara dan Taman Burung, Planetarium Negara merupakan tempat di mana pengembaraan ke angkasa bermula. Dengan rekabentuknya yang menggabungkan senibina Islam dan astronomi, Planetarium Negara hampir menyerupai sebuah masjid tetapi digabungkan dengan gaya futuristic.
Sebenarnya dah lama Adam teringin nak pergi ke Planeterium Negara ni. Cuma belum ada kesempatan nak pergi lagi.

Tempat letak kereta dilencongkan hanya sebelah bawah sahaja. Cicir montot ke belakang panjat anak tangga sambil tolak stroller. Hhmmm… bab ni, kurang mesra pengunjung. Takde laluan lain melainkan anak tangga semata-mata.

Ini dia 2 orang bakal angkawasan. Masuk adalah percuma tak kira usia hanya untuk Galeri Pameran sahaja. Kalau tengok Pertunjukan Planetarium baru kene tiket.

Seronok diorang explore kat dalam Planeterium Negara ni. Mak diorang?? Cari port baek punyer nenenkan dakEpal hihihi!!

Tengok tu! Anak dara ralit singkap kain. Mana abangnya tak bising…
Tengah-tengah seronok bebudak explore sana sini, ada pengumuman pertunjukan akan bermula. Sape yang ada tiket sila masuk segera. Bila show dah stat tak boleh masuk lagi dah. Menggelupur Adam cari baba dia. Kitorang terpisah. Kakngah ngan Adam & dakEpal. Abem ngan Adeeb & Adief.
Adam sedih je ingat dia tak lepas masuk tengok show sebab Abem tak beli tiket lagi. Orang semua dah masuk nak tengok show. Sebaik sempat Abem belikan tiket pertunjukan filem format besar Planeterium Negara. Harga tiket RM8/=

Sementara tunggu bebudak ni tengok show, melepak kat luar. Amik angin petang sambil nikmati panorama Kuala Lumpur. Alahai… Muzium Negara bawah tu je rupanya. Baru ku tau. Ahaks!
Pertunjukkan dalam 45 minit gitu habis dah. Keluar je Adam mengadu pening kepala. Memang kat brochure pun ada tulis tengok show tu boleh buat rasa mual dan pening. Adeeb & Adief lak rancak cerita tengok alien bawak motor kehkehkeh!!
Keluar dari Planeterium Negara, singgah kat Taman Tasik Perdana. Ngeteh jap. Dah ngeteh, lepaskan bebudak main playground. Adief ingat lagi kami orang pernah photoshoot kat situ tahun lepas. Dekat-dekat sejam jugak la diorang main, kakngah ajak balik. Harimau hujan daaa..

Dalam perjalanan balik, singgah Istana Negara baru. Tengok dari dalam kereta je. Kami orang tak turun pun. Cuaca sangat-sangat tak mengizinkan. Takpe la… lain kali je boleh datang lagi. Cuma bila punyer lain kali tau tak tau lagi la.
Hmm… Adam sibuk tanya apa jadi kat Istana Negara lama tu.
Haah la.. apa jadi ek?
Akan jadi muzium kah??
Ada sesape tau?
.
.
.
p palang s
Kamu orang yang sweet lagi gojes, meh tolong dakEpal kat SINI. Klik button like, twitter, +1 & tinggalkan komen eh! Lebiu!
Incoming search terms:
- dari muzium negara nak pergi taman tasik perdana
- planetrium negara
- planeterium pergi
- planetarium negara tiket masuk
- planetarium negara bayaran masuk
- planetarium negara - bayaran masuk
- ke planetorium keluar tol apa
- harga tiket taman planetarium taman tasik perdana
- format tiket istana negara
- tiket masuk planetrium
assalam kak ngah..tah apo kono re lak ni..gambar tak keluar..nasib baik ado satu gambar dak epal mengantuk tu..
baju aimi lom akak gosok laie..sibuk bona ..esok pun nak ngantar dio balik..
kaklong ingat kaklong yo sorang yg kono…huhuhu!
ado problem ngn hosting haritu kak…
Alamak kak ngah tak nampak pulak gambar ya ni, yang pasti mesti semua happy kan!!!
hadoi.. mmg ada problem la haritu…
kat semenyih pun x dapt tgk gambar 3a dan dakepal pi jalan2..
mmg masalah seluruh kwsn liputan la.. huhuhu!!
bestnye kak. teringin nk g sane.
sila .. sila.. FOC je nk masuk…
Sonok kan nok bwk anak2 pi sana..tmbh2 plak sbb derang pun suka. ALong dan angah jd jakunian pi sana last year. Hik hik hik
tu la.. menggelupur memasing usik itu ini..
lps ni nk bwk diorg g pusat sains pulak…
Makin boss dakadam tu ngah… Si dakepal tu ralit nengok bunga kat skirt eh kot, tu yg dok singkap tuh, hehehehe
*bosa
la hai.. dah nak samo tggi ngn omak eh….
aku tak penah sampai planetarium,istana negara jauh sekali.muzium pun tak penah pegi.
anak2 dh sklh sok ko kene bwk g tmpt2 gini….