Puding Jagung

.

menjak kakngah dah masuk trimester ke tiga kehamilan dan sering diserang pedih ulu hati memang nak bersantap dessert yang lembik-lembik & manis-manis. sebelum tekak teringin makan sagu mata ikan haritu, teringin makan puding jagung terlebih dahulu.

sendiri mau, sendiri bikin la… hihihi!!
lagi pun memang kakngah yang akan makan semua sensorang. hero-hero kat dalam rumah ni tak pandang makanan spesis lembik-lembik gini.

puding jagung

buh dalam bekas tipuwey sesiap. senang nak makan. takyah potong. main sudu jek dari bekas. dah siap buh, baru perasan stok kismis adam ada lagi. tu yg duk tabur kat atas.

kebetulan, keesokkan harinya abang ipar dari palong dan anak buah datang bertandang ke rumah. memang rezeki diorang la nak merasa puding jagung kakngah ni.

kat hall

sila abaikan langsir yang roboh ittew.. :p
akak ipar kakngah kata, kalau nak pusing jagung yang keras dan mudah dipegang, guna santan. kakngah guna susu cair tu yang puding tak begitu keras.

.
.
.

Resepi Puding Jagung

Bahan-bahan :-
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara
Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

sumber : My Resepi

29 Thoughts on “Puding Jagung

  1. Wow!! Mesti try ni resepi puding jagung nanti.

    Saya ni memang peminat tegar puding hehee!!

    Serius rasa terteguk air liur tengok gambar puding kat atas ^^

  2. sedapnya puding jagung..my fav tu:)

  3. kakngah,,,sayang kakngah. saya dah lama mencari resepi puding jagung guna susu cair sebab tak nak guna santan. akhirnya berjaya jugak ada kat blog nih. sy mmg minat puding jagung cuma mak ajar guna santan dia kata lg sedap.

    • kakngah on October 4, 2011 at 9:51 am said:

      @eiela,

      ai lap u jugak ah!!
      guna susu ni, cam creamy sikit la. susah nak pegang. kene mkn ngan sudu.

      biasa la mak2 kita ni…. kekalkan yang tradisional.. :P

  4. sedap namapknya puding jagung tu dan bila dah ada resipi tu, boleh cuba Sabtu ni.

    knp langsir tu sampai roboh? hehe

    • kakngah on October 4, 2011 at 9:53 am said:

      @rohaya,

      cuba tua. jangan tak buat..

      langsir roboh?? bijik2 yg nak sangkut hook langsir tu dah putus. tu yg tergebeh jek hihihi!!!

  5. Saya pun minat Puding Jagung camnih. Dah lama tak buat. Nampak bubuh kismis tu mesti tambah enak kan?

    Nak kena try gak nih…

  6. ngah, kalau aku datang lembah nanti.. ko buatkan aku yer..

    • kakngah on October 4, 2011 at 9:57 am said:

      @shaza,

      kalau ko dtg dgn notis 7 hari awal, insyaallah aku buat kan. tapi, kalau main terjah jek.. aku hidang teh o bujang jek la.. wakakakaka!!

  7. iyo lah ngah..ari tu den dtg kau tak buek pun…huhuhu!!

  8. sedapnya kak ngah

  9. oiiii kak chik dah lapar ni ko sajikan puding jagung.sedapnya dah lama tak buat.cik ina pun sama guna susu cair, tak suka guna santan.

  10. same la kat rumah ni pun, saya sorang je mkn kalau buat puding jagung, budak2 ni tak layan sangat

    • kakngah on October 4, 2011 at 10:29 am said:

      @anamarza,

      tu la.. bebudak mmg tak minat sangat dessert jenis camni. tapi, bila dah teringin tu, buat gak walaupun kene makan sensorang.

  11. kak ngah..akak pun suko puding jagung..tapi kan.akak makan maso dio cair lagi tu..macam makan dodol cair tu..akak suko boto macam tu..

  12. Melatiqistyna on October 4, 2011 at 10:21 am said:

    Dah lama sgt x buat, sbb kat umah ni hb ngan gurl x suka, kalau buat sensorang je nak kena perabih…huhuhu

    • kakngah on October 4, 2011 at 10:32 am said:

      @Melatiqistyna,

      ala.. ko sedekah la kat jiran2 kot tka larat nakperahih sensorng…
      dapat pahala
      dapat bermesra sesama jiran lagi…
      :P

  13. kak ms bln pose ritu el ada wat puding jagung
    sllu ok je..tp ritu ntah caner..x keras pun puding tu..sedih nok hahahaha

  14. Kakchik nak try, kakchik nak try, peminat jagung no. 1 ni kak ngah. Thnks for sharing kak ngah. Yeay!!!

  15. anak2 akak pun suka gak mkn puding. kena try gak lepas ni

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Post Navigation