Sakit gigi ketika hamil

.

Bulan puasa haritu kan kakngah sakit gigi geraham lepas tu ada lah g buat pemeriksaan gigi. Lepas raya, sakit balik. Oleh kerana tak boleh nak buat rawatan mati akar seperti yang dicadangkan [nak buat rawatan mati akar kene x-ray], kakngah amik keputusan drastik. Kasi buang itu gigi yang bermasalah. Tak sanggup nak tanggung derita kesakitan dan tak dapat makan dengan sempurna.

kat klinik gigi

Peneman setia mummy.

Ada yang kata masa mengandung tak boleh cabut gigi. Sebelum cabut tu, kakngah tanya jugak kat dotor gigi tu takpe ke cabut gigi waktu kandungan berusia 6 bulan lebih ni… Dia cakap, takde masalah. Ikutkan waktu yang paling sesuai untuk ibu hamil buat rawatan gigi adalah dalam kandungan berusia 4 bulan ke atas dan belum melepasi 7 bulan.

Dan semenjak itu…
Kakngah gumbira dapat mengunyah makanan dengan penuh kenikmatan.
:p

Jadi, pada mereka yang sedang mengandung dan punya masalah gigi… jangan risau untuk mendapatkan rawatan gigi pada usia kandungan yang sesuai.

Diharap artikel yang diterima dari emel rambang di bawah ini dapat membantu sedikit sebanyak…
.
.
.
IBU hamil dilarang mencabut gigi. Sama ada ia hanya satu mitos atau pun kenyataan, yang pasti, ia adalah ‘kepercayaan’ yang sudah tersebar dari mulut ke mulut sejak dulu lagi.Kenyataannya, walaupun seorang wanita itu sedang hamil, mereka boleh menjalani rutin pemeriksaan berkala dan rawatan gigi, namun pastikan ia tidak membabitkan prosedur agresif.

Pakar pergigian Klinik Pergigian Halina, Dr Halina Haron, berkata bakal ibu dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang rawatan seperti cabutan membabitkan suntikan pelalian terutama pada tiga bulan terawal dan tiga bulan terakhir kehamilan.

“Trimester pertama dan ketiga adalah waktu penting kehamilan, yang mana janin sedang berkembang. Justeru, sebarang rawatan membabitkan suntikan yang terus masuk ke dalam darah perlu dielakkan begitu juga dengan pengambilan ubat antibiotik, tahan sakit serta imbasan X.”

“Bagaimanapun, jangan salah faham sehingga tidak bertemu doktor walaupun mengalami masalah gigi serius kerana mencuci plak atau tampalan boleh dilakukan seperti biasa. Malah, jika masalah gigi serius sehingga perlukan suntikan, dos rendah akan digunakan,” katanya.

Ketika hamil, gusi juga mudah bengkak dan mendapat jangkitan berpunca daripada perubahan hormon yang menyebabkan bertambahnya pengaliran darah di dalam badan.

“Kebiasaannya, ibu mengandung mengalami sedikit pendarahan pada gusi mereka dan ia biasanya berlaku ketika memberus atau melakukan flos di celah gigi. Gusi bengkak atau gingivitis jika tidak dibiar melarat boleh menyebabkan penyakit gusi kronik atau pun dipanggil periodontal disease yang akhirnya menjejaskan bayi dalam kandungan. Kesannya, ibu mungkin bersalin awal atau bayi tidak cukup berat ketika lahir,” katanya.

Kerana itu, Dr Halina mengingatkan ibu hamil supaya berjumpa doktor gigi jika mengalami sebarang tidak keselesaan terhadap gigi dan gusi sepanjang tempoh kehamilan bagi mendapatkan rundingan rawatan sewajarnya. Kata Dr Halina, selain pregnancy gingivitis, ibu hamil juga cenderung mengalami pregnancy epulites, yang menyebabkan tumbuh benjolan kecil pada gusi antara celahan gigi.

“Tapi tidak perlu bimbang kerana ia normal dan berlaku kerana perubahan hormon, malah akan kecut selepas bersalin,” katanya.

Kata Dr Halina, selain masalah gusi, kerosakan gigi adalah masalah kedua sering dialami ibu mengandung. Ia biasanya berlaku kerana mulut cenderung berasid dan air liur juga kering. Katanya, wanita mengandung kebanyakannya mengalami mabuk pada waktu pagi (morning sickness) dan ketika muntah, jus gastrik bersifat asid dari perut akan termasuk ke dalam mulut yang akhirnya boleh menghakis permukaan gigi.

“Kaedah terbaik, sentiasa amalkan berkumur dengan air kosong atau menggunakan ubat kumur bagi meneutralkan kembali mulut. Kadangkala, ubat gigi juga boleh menyebabkan loya. Jadi, saya sarankan bakal ibu supaya sentiasa mencuba perisa ubat gigi berbeza sehingga berjumpa yang sesuai dan jika tetap tidak boleh menggunakan sebarang ubat gigi, pilih ubat kumur berflorida,” katanya.

Dr Halina memberitahu, paras hormon yang meningkat sewaktu kehamilan juga boleh menyebabkan tisu pemegang gigi atau ligamen serta tulang rahang sekeliling akar gigi terjejas lantas menyebabkan gigi longgar. Pemakanan juga sering diambil mudah wanita mengandung malah selalunya mereka akan mengidam sesuatu yang manis tanpa langsung menyedari bahawa gula itu musuh ketat kepada gigi.

“Tapi, tiada siapa berani berkata tidak kepada ibu hamil yang mengidam. Nasihat saya, rajin-rajinlah berkumur dan sebolehnya, kurangkan pengambilan makanan bergula kerana di bulan ketiga kehamilan, gigi janin juga sudah terbentuk. Sebaiknya, amalkan memakan makanan kaya sumber kalsium seperti susu, yogurt dan keju. Pil Obimin dibekalkan semasa mengandung juga mengandungi vitamin berserta kalsium, lengkap untuk tumbesaran janin,” katanya.

Jelas Dr Halina, wanita dinasihatkan supaya tidak ambil ringan kesihatan oral dengan melakukan pemeriksaan gigi berkala enam bulan sekali sedari awal iaitu bermula sebelum hamil dan jadikan ia rutin sebelum, semasa juga selepas melahirkan. Katanya, jangkitan pada gusi boleh membahayakan wanita hamil dan bayi dalam kandungan. Masalah ‘periodontal disease’ boleh menyebabkan komplikasi, termasuk kelahiran pramatang dan bayi lahir kurang berat badan.

“Mengikut kajian, bakteria di dalam mulut ibu boleh berpindah ke dalam mulut janin dan jangan terkejut, apabila dilahirkan kelak, jika ibunya mengalami masalah mulut berbau, anaknya juga berkemungkinan mengalami masalah sama,” jelasnya.

Jadi, teruskan pemeriksaan berkala di klinik gigi anda selepas tempoh berpantang dan jika bayi mencapai usia setahun setengah hingga dua tahun, ia menjadi tanggungjawab ibu juga untuk membawanya menjalani rutin sama seawal usia.

INFO – Punca perubahan keadaan gigi dan gusi ketika hamil
Perubahan hormon.
Bertambahnya pengaliran darah dalam badan mengakibatkan gusi bengkak, menjadi sensitif dan berdarah.
Ikuti langkah ini:

* Gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari
* Gunakan berus yang lembut dan gosok secara perlahan-lahan dan berhati-hati
* Jika gigi sensitif, gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif
* Jika gusi berdarah, rawat dengan ketulan ais
* Flos gigi setiap hari. Jika boleh, setiap kali selesai makan
* Kurangkan gula dan makanan manis, termasuk biskut, kek dan minuman soda
* Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala

Jumpa doktor jika:

* Gusi berdarah dengan banyak
* Gusi sangat sakit
* Nafas berbau busuk tidak hilang walaupun selepas memberus gigi
* Gigi longgar
* Ada benjolan atau ketumbuhan dalam mulut
* Gigi terasa sakit

52 Thoughts on “Sakit gigi ketika hamil

  1. ckLah setiap kali dalam pantang, mesti cabut sebatang gigi geraham. Sekarang ada 4 anak. 4 graham atas bawah dah tiada. Kesannya, gigi lain makin menjarak macam tiang pagar…hehehe

  2. betul ke bahaya pd baby..bulan puase aritu ade gusi brdarah jugak,byk jgk darahnye,bile gosok gigi tak boleh kena kat tmpat tu, mmg jdi cm benjolan kecik antara celah gigi,g jmpe doktor gigi dia bgi antibiotik n sruh dtg lagi sminggu tuk cuci gigi,tapi tak pegi2 smpi skrg,benjolan tu msih ade,klu mkn tak blh kunyah kat situ,klu x msti darah,gsok gigi pun same,skrg dh 8 bulan ni tak boleh buat dh la cuci gigi tu ek..

    • kakngah on October 27, 2011 at 10:56 am said:

      @teratak hati,

      rasanya kalau cuci je, boleh kot sebab cuci tak perlu sebarang ubat atau bius. tapi, lebih baik tanya terus dengan doktor camne. kalau tak, kene tunggu lepas bersalin sok la g cuci gigi tu…

  3. susah jugak ye mengandung. dek sebab gusi jewp smpai boleh lahirkan bayi pra-matang.. takut nya nak cari mak [=="]

  4. banyak betol dugaan masa mengandung ==’

  5. Melatiqistyna on October 23, 2011 at 3:14 pm said:

    Errr, dr halina tu wife astronot tu ke ngah? (lain plak soklan aku nih…hahaha)

    Owhh, skang ni ko dh bleh bantai ape saja la ngah? Rawatan mati akar tu bkn ke mahal ngah, pastu kena p ulang 2/3 kali jumpa dentist….

    • kakngah on October 23, 2011 at 4:43 pm said:

      @Melatiqistyna,

      bukan kot… dia dr. pead kot tak silap aku la… tak kose nak gugel kehkehkeh!!!

      minggu ke 2 syawal haritu aku cabut dah. aman aku nak bersantap tau kehkehkeh!! actually gigi geraham tu patut kene buat rawatan mati akar 5-6 tahun lepas lagi. tapi bila aku reper, tak sakit dah.. takde la aku buat. haritu sakit balik + kat dalam dah bernanah.. tak tahan aku nak tunggu sampai lepas beranak… kurus aku tak makan nanti hahahaha!!

      rawatan mati akar kos dia lingkungan rm800. ikut dentist gak kot….

  6. oo..baru tau..hehe

  7. kalo kurg kalsium silap2 gg leh tertanggal , ngee~

  8. Thx share info. Mmg ade dgn org koba xle cabut gigi.. Mcm2 kan org..

  9. akak tak penah sakit gigi masa preggy, tapi lepas bersalin mmg confirm akan sakit gigi. kureng minum susu masa preggy adalah salah satu sebab gigi cepat rosak. makanya skrg ni byk gigi akak yg dah hilang..hhehehehe dah kurang satu lagi nikmat tuhan. nak kunyah makanan dah tak sempurna

  10. masa pregnant mmg ada je yang sakit.. akk kena sakit telinga.. kata orang sebab berat dah beza so tekanan jadi berbeza kat telinga..
    akhirnya kakngah dah pun selamat cabut gigi..

    • kakngah on October 28, 2011 at 11:32 am said:

      @ciksembang,

      kakngah tak pernah pulak kene sakit telinga masa mengandung. sakit gigi ni pun, mengandung kali ni. gigi yg sakit tu pun memang dah bertahun bermasalah. bila tampal dan tak sakit, tak kisah lagi la.. ni, dah sakit.. tak tahan lagi.. selamat la dicabutkan hihihi!!!

  11. Waktu Hamil baby telah mengambil zat Dari ibunya, syukurla bleh cabut klu tak msti x lalu nak mkn huhu

  12. so far x pernah lagi mengalami sakit gigi. Oh, bab sakit gigi time mengandung ni saya x tahu sbb blm kawin..hehe.
    Tapi kan, ada seorang makcik saya ni, gigi dia tinggal beberapa batang saja sekarang ni, setiap kali mengandung ada gigi kena cabut..

    • kakngah on October 28, 2011 at 11:48 am said:

      @Kay Masingan,

      bagus la tak pernah sakit gigi. jaga gigi baik2 taw..
      memang ada org camtu. tiap kali mengandung, mest ada je gigi yang tanggal…

  13. kak ngah..mahal dah buek rrawatan akar sekarang ni..dr.gigi tompek akak sealu pie tu cakap..dah diselaraskan..akak ponah buek dulu..200 lobeh yo..kalau geraham maso tu 370 yo..

  14. owh.. mitos jer rupanya.. thanks for sharing, ek! & tahniah sbb dah dpt menikmati makanan anda! he3..

  15. begitulah pengorbanan seorang ibu yang mengandungkan kita ye…

  16. terima kasih diatas info ini, menambah pengetahuan am buat sang suami.. (apaajanews ada rewards )

  17. owh rupanya mengandung tak boleh cabut gigi
    baru tau
    hehe gaya mcm saya dah kawin
    sori akk..sis punya line kd2 prob tu yg jarang bw sekarang :)

  18. tak tau pun mengandung takleh cabut gigi hahaha..
    ngah, ekau sehat ko. Makan kuek tak. Jangan kuek na makan. Sok keluar tigo kilo, yang tingga berkilo2 lai hehe…

  19. Salam.

    Sya pun pernah dengar mitos yg tak boleh cabut gigi masa mengandung. tp bila baca info ni barulah berkembang sikit pengetahuan ttng nya

  20. kan kan kan banyak org cakap cam tu, tak leh cabut gigi masa pregnant. Masa cik ina pregnantkan firdaus , masa tu dah 8 bulan, dah tak boleh tahan sakit gigi, gi klinik dorang cabut je.

  21. aida start sakit gigi after da beranak 2. waktu pregnant memang gigi berdarah time gosok gigi. ingat kan takde problem. then, gigi sakit. dentist kata if waktu pregnant tu tak rawat, problem akan teruk. so skang ni gigi problem. da cabut pun 1 gigi geraham. sedih!!! dari kecik gigi ok, da tua plak gigi spoil!

  22. skrg dah ok ke kak

  23. owh..gitu ke…yang penting sentiasa buat pemeriksaan…hamil ni banyak bende lah kena pantang ek..adOi…tabik la ibu2 yang ade di muka bumi ini..:D

  24. kak,sy pregnant baru 14 weeks lebih kurang baru melepasi 3bulan,nak pergi tmpal gigi,tp doc tuh advise suruh crowning sebab gigi mcm dah rosak..boleh ker akak rasa?

    • kakngah on November 1, 2011 at 4:11 pm said:

      @nhy,

      hohoho!! tak berani bagi jwpn tepat. kang tersalah ajaran pulak hihihi!! tapi, selagi belum 7 bulan.. boleh kot. untuk kepastian lebih baik rujuk pada yang bertauliah. ringan2 kan mulut tanya kat doktor ye… doktor yg periksa kandungan dan doktor gigi sekali.

  25. ahanah77 on November 17, 2011 at 8:01 pm said:

    saya pernah cabut gigi ketika hamil 10 minggu (walaupun masa tu, saya tak tahu saya hamil, kerana gagal dikesan selepas 2 kali wat UPT) cabut gigi geraham dengan ubat bius yang terlebih dos, kata doktor. Malang sekali 6 minggu selepas itu saya gugur.. dah bukan rezeki saya..

  26. bleh usia kandungan cabut gigi..lagipun gusi sakit sangat2 nih gigi tu dh berlubang xleyh nak dieselamatkn hanya dpt cabut ke..yang kemusykilan boleh ke cabut ketika usia hamil baru 10 minggu

  27. sis nak tanya boleh tak kalo nak tampal gigi coz kandungan dah masuk 38week…baru2 nie terasa sakit klo nak mkn aduiiii…..klo boleh nak pergi tampal gigi hari nie…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Post Navigation