sape ada ketuat??

apa itu ketuat??

ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang mana kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan. biasanya tidak diambil berat melainkan jika ianya berada di tempat yang mengganggu seperti di tangan ataupun di tapak kaki.

macamana nak hilangkan ketuat…

ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkannya, antaranya ialah;
* bancuh abu ubat nyamuk dengan air dan sapukan pada ketuat setiap hari sehingga ianya hilang.
* sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.
* ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang.
* sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. biarkan ia kering sendiri. lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.
* tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. sapukan campuran ini pada ketuat.
* ikat sekeliling ketuat dengan benang jahitan pembedahan, ketatkan ikatan dan simpulkan. darah tidak akan mengalir lagi ke bahagian yang dikat itu dan ia akan gugur sendiri selepas seminggu.

sumber : email rambang yang diterima

habis dah perenggan pengetahuan am. mesti ramai skip baca kan.. kan.. kan.. laju jek jari tu skrol bawah :P oh ya… berkesan atau tidak cara-cara menghilangkan ketuat di atas tu, saya tak pasti…

adeeb pernah kene ketuat. besar gak la… dalam saiz bijik kacang tanah… lama ketuat tu bertuan kat tapak kaki adeeb. tak sakit pun.. kata adeeb. pergi klinik, doktor suh tembak laser jek. pastu ada la dia bagi krim suh sapu. adam la yang rajin sapu krim kat tapak kaki adik dia..

satu hari tu..
saya cerita la kat akak tea lady ofis lama dulu.. dia pun bagi la petua macamana nak hilangkan ketuat di tapak kaki adeeb tu. dia suruh bancuh sedikit serbuk sabun dan perahan limau nipis @ kasturi. lepas tu sapu jek kat tempat yang ada ketuat. takde pulak saya tanya sapu hari-hari ke hape…

balik rumah, saya pun cuba la. sekali tu je la saya letak. esok-esoknya tu.. lupa dah.. selang seminggu dua tu kot… baru saya teringat. bila kebek tapak kaki adeeb, alhamdulillah…. ketuat tu dah hilang. licin dah. takde bekas ketuat langsung…

kalau sesape ada ketuat, boleh la cuba petua ni. kat tapak kaki adeeb, memang berkesan…

Incoming search terms:

  • PETUA HILANGKAN KETUAT
  • cara menghilangkan ketuat
  • menghilangkan ketuat
  • petua menghilangkan ketuat
  • cara nak hilangkan ketuat
  • cara hilangkan ketuat
  • hilangkan ketuat
  • apa itu ketuat
  • ketuat di tapak kaki
  • cara untuk menghilangkan ketuat

23 thoughts on “sape ada ketuat??

  1. ckLah@xiiinam

    "…habis dah perenggan pengetahuan am. mesti ramai skip baca kan.. kan.. kan.. laju jek jari tu skrol bawah :P "

    Ya lah..yalah…ckLah skrol naik atas balik lah ni…

    Hi..hi..hi..

    Reply
  2. diana

    mak saye kata boleh letak
    sabun mandi yang di campur sikit
    kapur makan..
    bubuh air sikit sapu dekat ketuat tu..
    ade rase pedih la sikit..

    Reply
  3. Salmia

    nge~ mmg virus la. haku ada ketuat celah jari kaki. dulu penah cuba kopek2.. dia melarat plak kt jari sebelah lgi..

    Reply
  4. ❤Nadhratul Basyirah Amirudin❤

    iyuu~ tkot nak kene lagi…kalau ketuat tu berdarah org kate jgn senttuh t tgn plak kene…so pakai la tisu ker ape ker..adoiai~

    Reply
  5. Omu Rice

    info bagus..kat kaki byk ketuat.anti omu ikut la salah satu petua yg senang. ketuat ni melarat2..geli tgk..nasib baik kat kaki….adik omu ade ketuat gak tp skrang dah xde..petua dia cari lebah pijak lebah tu kalau ketuat di kaki.pastu main badminton supaya lupa sakit sengat lebah..pastu semggu ketuat semua luruh…cantik dah kaki adik omu…huhu…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge