Saya tak nak… Saya bosan!

Bila dah mula kerja balik, bebudak hantar kat makyong. Makyong ni babysitter kami orang sejak Adam umo setahun 10 bulan. Guna khidmat dia dari anak sorang sampai la anak 4. Sherashi bershame gittewww…

Masalahnya pulak.. selepas lebih kurang setahun sengah berkepit ngan mummy 24/7, budak Adief ni taknak ke rumah makyong. Padahal walaupun tak jaga bebudak lagi, kami orang tetap ziarah makyong sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kira hubungan tu memang sentiasa terjalin.

Saya tak nak… Saya bosan!

Gitu la alasan dia tiap kali suh g rumah mak.

Minggu pertama bekerja tengah bulan lepas, ada la dalam 3 hari kot berjaya paksa rela Adief ke rumah makyong. Taknak la tinggalkan dia sensorang kat rumah. Bahaya! Minggu ke 2 dah mula cuti sekolah. Adam ada untuk tengokkan adik-adik. Selesai masalah sekejap.

Bila cuti sekolah tamat, masalah berbangkit. 2 -3 hari sebelum mula sekolah pujuk rayu si Adief mummy hantar rumah mak. Taknak jugak. Tak lalu la nak berperang dengan dia tetiap pagi.

Hujung-hujung amik keputusan masukkan Adief ke Tadika Kemas. Usai habis waktu sekolah, boleh terus balik rumah makyong. Langkah-langkah memancing pun bermula. Kalau boleh taknak paksa dia. Biar rasa nak ke sekolah tu datang dari diri dia sendiri.

Langkah pertama – call cikgu sekolah tadika depan dia. Bagi dia dengar kite tengah deal nak sekolahkan dia.
Berjaya!

Langkah ke 2 – kuarkan beg sekolah Adeeb yang lama bagi kat dia. kasi aura nak ke sekolah meresap jiwa. Wah!
Berjaya!

tidur menangkup

Malam tu, sampai ke pagi ko dia tido ngan beg bersandang kat bahu….
oh!myAnak!

10 thoughts on “Saya tak nak… Saya bosan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge