sutera bidadari

.

kalau Abemnya ngidam sambal goreng mektam..

kakngahnya ngidamkan novel..
idamkan kesinambungan laksamana sunan d’series.

dah booking.
tunggu masa nak bayar.
tunggu masa sampai depan rumah.
tunggu masa nak baca.

sobaro….. sobaro…

novel sutera bidadari ramlee awang murshid

Saifudin – Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah 6 purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengambaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

Raja Roman – Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya… Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.

Makhluk Sumpahan – Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.

Saifullah – Pada abad ke 21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.

Ramlee Awang Murshid – Sutera Bidadari, bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang menguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.

sinopsis credit to fakrulroslan.com

masa baca cinta sufi, sekuel ke empat laksamana sunan d’series kakngah merasakan sunan macam dah tua jek sebab panjang sangat perjalanan dia tu kan… perjalanan sunan kembali dari zaman masa hadapan. selepas merentas masa, kudrat kepahlawanan sunan kian pudar kerana tubuh tidak mampu menampung keadaan transisi dirinya yang merentasi zaman. keampuhan sunan kian lenyap.

penamat cinta sufi pulak, kakngah tertanya-tanya apa yang berlaku pada sunan selepas dibawa oleh laksamana hang tuah ke dasar tasik. siapakah lelaki pewaris keturunan maryam itu? harap-harap ada jawapan dalam sutera bidadari.

pssst!!! booking novel 9 nyawa dan mikhail sekali.
dedua karya ramlee awang murshid.
giler RAM betul lah!
hiks!

Incoming search terms:

  • novel ramlee awang murshid
  • sutera bidadari
  • ramlee awang murshid
  • novel sutera bidadari

30 thoughts on “sutera bidadari

    1. kakngah Post author

      @kak erna,

      semenjak baca bagaikan puteri terus addict dgn karya RAM. tgh berusaha lengkapkan koleksi hasil tulisan RAM. setakat ni kakngah dah ada 9 buah novel RAM.

      Reply
    2. yana

      rase2 cite sutera bidadari nie ada sambungan tak??? rasa macam xhabis ag jep..nanti kalu ada smbungan bgitau ek..hehe….

      Reply
      1. kakngah Post author

        @yana,

        yup! ada sambungan dia. finale tu.
        belum kuar lagi kalau tak silap aku ler…
        ALAMAK! tajuk dia lupa lak..

        Reply
    1. kakngah

      @shaza,

      aku tak tgk citer tu. tapi tau la yg citer tu adaptasi dari novel. kasih yang suci tulisan meen zulaikha. dgrnya skrg novel tu sold out. ramai duk beli penangan drama nora elena punyer pasal la… mesti depa pakat nak tau apa ending dia kehkehkeh!!!
      kakngah recently posted..habuan GCL

      Reply
    1. kakngah

      @azieazah,

      dulu suke layan novel cinta. bila dah terlalu banyak baca, pusing2 plot cerita sama jek. timbul rasa bosan. tu yg try baca novel RAM. thriller genre. eh! syiok la pulak…. terus lekat.
      kakngah recently posted..habuan GCL

      Reply
  1. Pingback: tombiruo the series | a cup of life a barrel of luv

  2. Pingback: dah 4 | a cup of life a barrel of luv

  3. tarabas

    perghhhhhhh..kesinambungan citer yg paling best pnah sy layan…salute ar ramlee awang murshid…x tggal wlu sehelai..rugiiiiiii…

    Reply
    1. kakngah

      @tarabas,

      aku ada complete set laksamana sunan d series ni. tak sabar tunggu kesinambungan sutera biadadari.. nak tau siapakah gerangan sebenarnya sang dewi tu. adakah sang dewi adalah sang ratu??
      kakngah recently posted..Punggah

      Reply
  4. tarabas

    bagaikan puteri…cinta sang ratu…hijab sang pencinta & sutera bidadari…….best gilerrrrr bg org yg jenis mghayati citer2 novelni….tahniah abg ramlee…..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge