Lepat Labu

.

Haritu masa kaklong buat cekodok labu, tetiba teringin lepat labu.

Tapi, dasarrrrrr kan!
Takde maknanya nak buat sendiri.

Masa bawak Adeeb g klinik gigi, singgah pekan jap nak beli pisang goreng buat kudapan minum petang sebelum balik terus. Senang. Sampai rumah tinggal nak bancuh air je.

Dasarrrr lagi!

Nampak lepat. Memula tu ingatkan lepat pisang ke lepat ubi. Malas nak tanya. Sekali tu ada sorang pakcik tanya akak penjual tu lepat apa. Lepat labu koo… **wink!wink!** Terus bijik mata kakngah kamu orang ni bersinar bak sailormoon.

lepat labu

Alhamdulillah. Memang rezeki la nak merasa lepat labu.
Dalam kete gak setel. Tanpa berlengah lagi.
(^__^)

vada

.

va.. va.. va..
salam pagi minggu.
apa aktiviti hari minggu ni?? banyak undangan rumah terbuka? maun ada yang gantung piuk belanga sepanjang hari ni macam mak bedah kita tu ha… dapat undangan rumah terbuka dari pagi hingga lewat malam.
selain dapat mengeratkan silaturrahim, dapat jugak menjimatkan poket di tengah bulan ni.
kehkehkeh!!

minggu lepas, pergi Tesco berhampiran. up stok barang dapur. sekali tu jumpa la instant vada mix ni. angkat 1 kotak. selain wadey… suka gak vada ni. nak buat cara tradisonal, belum ada kekuatan dalam diri. jadi, guna instant readymix sudah! terima kasih teknologi terkini…

ada orang makan berulamkan dengan cili hijau.

instant vada mix
Continue Reading →

apam pisang kukus

.

balik dari tonton wayang pacak, kerah bebudak tengok jadual waktu sebelum masuk tido. lepas tu masuk dapur. nak buat apam pisang kukus. pisang setandan yang ayah bawak haritu ada lagi. tak lalu dah asek nak bercekodok pisang jek.

buat double adunan dari resepi asal.

mengukus apam

tak kose nak kukus dalam acuan kecik-kecik tu. lagipun takde mendenyer. sekali hadap jek. punyer rajin, tuang dalam loyang besar. tak tebal sangat. biar cepat masak hihihi!!!

makan apam
Continue Reading →