Assalamualaikum
Salam sejahtera.
SehelaiBaju Buat Menyapu Si Air Mata (Team SBBMSAM) adalah gerakan kasih sayang yang unik dan prihatin daripada kalangan rakan maya facebook dari seluruh dunia.

Alhamdulillah, berjaya jugak mummy dakEpal siapkan sepasang baju kurung untuk anak-anak yatim sempena kempen sehelai baju buat menyapu si air mata. Dekat sebulan amik masa nak siapkan. Semenjak dah jadi workshop girl ni, masa untuk gedek..gedek..gedek.. memang terhad sesangat.
Dapat tau pasal kempen ni dari Nieza. Baca je post Nieza otomatik niat nak sumbangkan baju buat anak-anak yatim hasil tangan buatan sendiri. Hajat hati nak sumbang 2 pasang, memandangkan faktor masa banyak menghalang mummy dakEpal tekan enjen kuasa kuda beliau, sumbang sepasang dulu. Insyaallah, jika diizinkanNya baju yang ke dua akan menyusul kemudian. Continue reading