Tag Archives: Persediaan Bersalin

Set Ibu Pantang Bersalin

.

Tiap kali bersalin kakngah tak guna set berpantang yang tertentu. Masa Adam dulu, nenek yang jaga. Nenek sempoi jek. Nenek cuma rebuskan bijik manjakani dan asam keping. Itu la yang kakngah duk pulun tetiap hari. Rasa dia?? Pahit-pahit-kelat-masam. Kakngah minum air rebusan biji manjakani dan asam keping ni bersulamkan dengan kopi o kaw. Kalau tak.. memang lekat la rasa pahit-pahit-kelat-masam kat anak tekak.

Bila bersalin Adeeb, nenek datang lembah jaga kakngah dalam pantang sekejap. Ramuan yang sama jugak dia bagi. Sampai giliran bersalinkan Adief, kakngah cuba set bersalin HPA. Tu pun lambat mula makan sebab Adief prolonged jaundice. Rasanya dah nak masuk 3 minggu lepas bersalin baru mula makan set bersalin HPA tu.

set ibu berpantang bersalin
Continue Reading →

Punggah

.

Assalamulaikum dan salam pagi Isnin.

Semenjak dua menjak ni cam teringin tukar rupa paras banglo kakngah ni. Banyak kali la duk tukar theme. Tapi, bila dah tukar, ada jek yang tak kenannya la…
Las-las, kekal jugak dengan theme lama.
Dah selesa kot… loading pun laju jek rasanya.

“Right now you’re about 33 weeks pregnant and your baby is the size of a pineapple.”

33 minggu kehamilan

Sekarang ni kandungan kakngah dah minggu yang ke 33 masuk 34. Ada la buat persiapan sikit-sikit untuk sambut kehadiran my lil. Takde menda pun. Cuma duk punggah ken baju dan kelengkapan lama abang-abang my lil untuk dipilih mana yang masih boleh gunapakai lagi dan dicuci bersih semula.
Continue Reading →