Sangat gumbira dengan perjalanan susu ibu dakEpal.
Jika mommy lain bermula seawal dalam cuti bersalin, mummy dakEpal bermula dengan kosong pada usia dakEpal 5 bulan setengah.
…Sebulan setengah yang lalu…
Bila konfem je mummy dakEpal akan mula bekerja semula, perkara pertama yang difikirkan – life as working breastfeeding mommy. Pengetahuan tu sikit sebanyak memang dah ada sebab selalu baca blog bf mommy. Lagi pun maklang dakEpal pun fully bf mommy gak.
Untuk permulaan mummy dakEpal berlatih marmet. Lepas tu sessi bottle trainning. Kendian duk beli breastfeeding gejet lak. Tak ketinggalan mummy dakEpal joint support group breastfeeding mommy – Kumpulan Ibu2 Menyusukan – KIM. Support group ni penting supaya kita tak rasa keseorangan. Al maklom la, bukan mudah mahu sukses menyusukan anak sepenuhnya tanpa cabaran pihak ketiga.
…Sepanjang sebulan setengah…
Mummy dakEpal praktikkan segala ilmu breastfeeding yang dikutip dari KIM. Supply & demand, power pumping, tandem nursing, milk booster, supplement, positive thinking, jaga emosi, kongsi pengalaman, petua, nasihat etc.
Pak dakEpal pun fully support gak. Walaupun tak pernah tolong basuh storage bottle dakEpal.. ahaks! namun pak dakEpal sanggup buat milk delivery. Lebih sweet lagi, pak dakEpal tau je apa sumber yang boleh jadi milk booster taw!
Bang, petang ni musang king eh!
Eceh! Continue reading