lebar muka

.

Assalamualaikun dan salam pagi Isnin yang ceria…
Adeeb demam tetiba dari semalam. Malam tadi tah berapa kali muntah. Pukul 3 pagipun bangun muntah. Babanya la yang duk layan. Mummynya tak larat gak sebab kepala tingtong. Bunga-bunga demam pun macam dah menyapa je. Harini Adeeb tak sekolah. Harini hari pertama peperiksaan akhir tahun. Terpaksa mintak pengecualian. Harap-harap cikgu boleh bagi Adeeb jawap kertas yang tertinggal harini kemudian.

Hmmmm… Dah lama kakngah tak stori-mori pasal tanaman sayur dalam kotak semaian kakngah tu. Sekarang ni tengah subur dengan sayur kailan. Dah berapa kali masak dah. Bakinya, boleh dalam sekali masak kot..

Kalau hak yang dulu lebar tapak tangan, kali ni lebar muka ko….

kailan kotak semaian 1

Cuba fokus pada pangkal pokok kailan di atas. Halus jek kan?? Pada awalnya tumbesaran pokok kailan agak terbantut. Tak tau apa puncanya. Bila tengok pokok kailan ala-ala hidup segan mati tak mahu, kakngah kamu orang tak kose nak bela. Dasar!
Continue Reading →