Telekung ke dua

Memang tak puas hati dengan hasil pertama.
Adat la kan…. first time buat memang banyak cacat cela.
Masih tak jumpa teknik yang betul.
Kita cuba sekali lagi.
…dan….
Ini hasilnya.

telekung kanak-kanak

Jahitan bertambah kemas [perahsan!]
Ada upgrade sikit berbanding telekung lip lap si fina tuh kehkehkeh!!! Sikit je la pooonn… :P
Ha.. getah sangkut kepala tu kan….. rasanya nak dekat 5x buat. Try & error. Rasa rumit sangat nak bajet size getah tu. Kalau orang lain ketik jari je tuh! Terbesar sangat, nampak comot. Dah ngam, bila terbalikkan, kain pecah la pulak. Hmm.. itu yang paling kemas dapat dihasilkan….

ropol telekung

Reropolnya pun lebih meriah sebab sayang nak potong lebihan reropol. Santak reropol tu ikut panjang asal reropol. Bila ukur ada baki, tarik lagi bagi tambah kedutnya. Tak kose nak potong. Sayang kain.

Komen tuan kain – keluasan lobang muka kene kecikkan lagi dan tali kat kepala tu kene bawahkan sikit. Memula buat, test kat Adief, cam sendat je. Tetas jahitan dan besarkan sikit. Dah siap tak dapat nak test. Adief taknak sebab Adeeb duk ajuk-ajuk dia.

Saiz ni lebih kurang untuk budak 3-5 tahun gitu.
Dalam 3 setengah meter kain diperlukan.
Itu pun besar lagi bila dipakai.

Malam tadi takde sessi jahitan mahupun guntingan. Duk tergolek-golek melayan dakEpal. Tak sanggup biarkan dia meroyan. Kang dia meroyan mummy dia boleh meroyan sama. Masuk dapo pun dah lewat. Pukul 9 lebih baru makan malam. Si Adeeb sampaikan terlelap nunggu mummy dia siap masak.

Alhamdulillah, tempahan baju kurung kanak-kanak ada masuk dalam 3-4 pasang melalui rakan sekutu. Ada sepasang direct ngan mummy dakEpal. Skirt pun ada menunggu giliran untuk dikerjakan. Lepas tu tu nk try buat multipurpose bag. Harus kain langsir lama kene tobek kehkehkeh!!

Incoming search terms:

  • cara menjahit telekung
  • cara jahit telekung
  • cara menjahit telekung kanak-kanak
  • cara buat telekung kanak-kanak
  • cara membuat telekung kanak-kanak
  • Tutorial telekung
  • tutorial jahit telekung
  • cara membuat telekung
  • tutorial buat telekung
  • cara buat telekung

13 thoughts on “Telekung ke dua

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge