Tips Jaga Hati Pasangan

.

Selain dari novel, kakngah suka gak baca buku-buku motivasi Dr. HM Tuah sebab bahasa yang digunakan agak santai. Takde la rasa formal sangat. Kadang-kadang bahan bacaan yang terlalu formal agak membosankan jugak.

Dah 2-3 hari baca buku motivasi Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj – Membina Jiwa Serasi. Tak gak habis-habis. Padahal buku takde la tebal sangat. Camne nak habis baca… baru baca 3-4 muka surat.. mak buyung pun berlayar…. kehkehkeh!!!

jiwa serasi HM Tuah

Pic ehsan en. gugel. Malas nak amik gambar hihihi!!

Dalam buku Membina Jiwa Serasi, banyak tips yang Dr. HM Tuah bagi khususnya untuk para wanita dalam dalam hal hubungan suami isteri terutamanya. Antara tips yang menarik ada ialah tips menjaga hati pasangan kita.

Tip jaga hati suami

  • Puji dia selalu.
  • Bila dia bercakap, dengar dan diam.
  • Jangan dilawan tetapi boleh beri pendapat yang tidak menyinggung.
  • Lepas sembahyang cium tangan dan minta ampun.
  • Selalu kata “ada apa-apa yang abang tak berkenan harini?” walaupun tahu semuanya ok.
  • Jangan merajuk kalau dia diam saja tau tidak puji anda sebab lelaki memang tak pandai tunjuk kasih sayang.
  • Ikut semua kata-katanya selagi tidak menyalahi agama.
  • Ringankan bebannya seperti bayarkan bil, hantar anak ke sekolah, hadir PIBG dan sebagainya.
  • Hadiahkan sesuatu.
  • Hantar sms berbentuk doa serta kepercayaan padu seminggu sekali.
  • Bergurau selalu.
  • Pastikan anda wangi.
  • Kalau suami pernah buat salah jangan ungkit.
  • Kalau dia menggatal jangan mudah mengamuk selagi tahan belum terbukti.

Tip jaga hati isteri

  • Wanita seronok dipuji. Maka, puji la selalu tentang apa-apa saja; masakannya, pakaiannya, wajahnya, perilakunya dan sebagainya.
  • Hadiahkan sesuatu yang sangat-sangat diingini.
  • Bantu dia didapur.
  • Jangan cerita pasal bekas teman wanita atau bekas isteri padanya.
  • Jangan puji wanita lain di hadapannya, tapi boleh sekadar contoh untuk diteladani.
  • Sesekali hantar mesej-mesej cinta padanya.
  • Elok la jangan ada skandal.
  • Kalau boleh tak usah berpoligami kecuali isteri setuju.
  • Peluk isteri sekadar 5 saat sebelum pergi kerja dan berikan kucupan di dahi atau pipinya. Bersalaman pun memadai.
  • Berdoa dengan kuat bahawa anda impikan isteri yang solehah dan anda pun mahu jadi soleh.

Diharap tips menjaga hati pasangan dari Dr. HM Tuah Iskandar ni sedikit sebanyak dapat memperkasakan keserasian kita dan pasangan…

10 Thoughts on “Tips Jaga Hati Pasangan

  1. weeeee
    barupegang2 bukuni kelmarin
    hehehe

    beshh yekak

    mimi pon suke bce buku motivasi ni
    wee
    kene beli ahhh
    cm besshhh

    heheh
    kekadng syg nak abis bace buku tu
    sebab takot nnti cepat abis

    hahahahaha

    • kakngah on November 2, 2011 at 10:29 pm said:

      @mimito,

      bes dek non oooi….
      bukan tumpu pada masalah wanita berkahwin jek.. utk yg belum berkahwin pun ada gak. banyak wey tips berkenaan lelaki yg dr. Tuah bongkar..

      apa risau sayang nk habiskan baca.. lepas habis ko ulang la baca… kehkehkeh!!

  2. ecehhh..boley try neh..xsabarnyer nk kwen..hahaha

  3. kak ngah..yang paling payah..’jangan mengungkit’ tu maso hati sakit..mengungkit tu la paling sodap..nak bantai dio balik he he..
    tak elok kan kak ngah.

    • kakngah on November 3, 2011 at 8:54 am said:

      @kak erna,

      tu la pasal lebih baik berdiam dari bersuara..
      kito orang pompuan ni kang.. bilo bercakap emo.. ikut raso lobeh dari ikut akal..

  4. macam best jer. hehehe..

  5. saya fail kalau puji memuji ni~keh keh~~tapi kalau belai membelai~~~~aum!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Post Navigation