vadai ; wadey ; masalodeh

.

hari : petang sabtu yang lalu
masa : selepas balik dari Program Teknik Menjawap Soalan PSRA tahun 6
lokasi : pekan koboi

mummy, ada wadey la…
ala.. sok g mumy buat la wadey. ko makan la puas-puas.
eleh.. mummy tu tau ke buat wadey…

hamboi! abang besar punyer mulut.. kemain lagi. tak hagak-hagak. mentang-mentang la mummy dia super duper terer masak kehkehkeh!!! tergelak Abem dengar adam kutuk mak dia..

yer la boy.. mummy tu pandai ke buat wadey…

pergh! Abem tambah perisa. bikin hangat dah nih! [sambil kepal-kepal penumbuk]
sebenarnya dah lama teringin nak buat wadey. kacang dal pun dah sesiap beli. tapi biasa la… orang-orang yang masak biasa-biasa, makan biasa-biasa ni, memang lambat sikit la enjin panas bila nak mencuba sesuatu.

maka,
projek petang ahad minggu lepas ialah buat kuih wadey.

bang! anjak sikit ha dari laptop tu…. orang nak amik resepi.
hek enna… buat wadey senang tu pun nak tengok resepi???

kahkahkah!! sabau jek la kan! dah ada kemudahan madam gugel, gunakan la… semua dihujung jari. lain la dedolu, duk gunting resepi dalam sokabar & tampal dalam buku. naik kepam kitab duk belek-belek resepi. buatnye idak jugak.. :P

hhmmm… ada orang panggil wadey ni vadai. ada jugak panggil masalodeh. apa-apa pun panggilannya, tetap merujuk pada kuih yang sama…

bahan buat vadai

bahan-bahan yang diperlukan tak renyah untuk disediakan. kacang dal, bawang besar, daun kari, cili kering@lada merah, jintan manis dan garam.

punyo la sonang… tu pun ekau sibuk nak gugel resepi ngah!

hiks!

pembantu dapur

pasang 2 orang pembantu di dapur. lebih-lebih pun.. penyibuk jek. buat keje orang jadi lambat. :P

senyum paksa rela

abang besar memaksarela abang kecik beri senyuman.

vadai

siap!
kesimpulannya… kurang garam, daun kari tu terlampau halus dihiris dan len kali nak cuba guna cili merah pulak. lagi satu, buat terlampau tebal. sebab nak cepat habis menggoreng :P . assistant udah lari daaa…. len kali buat nipis-nipis pulak. kasi rangup! harus masuk senarai juadah berbuka.

************

Resepi Vadai

Bahan-bahan:
250gm kacang dal
2 biji lada basah atau lada kering dihiris halus
2 tangkai daun kari, dihiris
1/2 labu bawang besar, dicincang halus
1 camca teh jintan manis biji [kasar] – tak letak pun tak pe
1/2 camca teh garam, secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Caranya:
Rendam kacang dal yang sudah dicuci 4 jam atau semalaman. Toskan kacang dal. Kisar (jangan tambah air coz kacang tu kan dah lembut) kacang 3/4 halus dan lebihnya agak kasar sedikit. Masuk kesemua bahan lain2 ke dalam kacang tadi dan gaul rata. Leperkan bahan ini di atas tapak tangan yang dilapik plastik untuk mengelakkan melekat. Buat sampai habis bolehlah digoreng dengan api sederhana. Angkat tos dan boleh dimakan.

sumber : kaksu72

Incoming search terms:

  • resepi VADAI
  • resepi masalodeh
  • resepi kuih vadai
  • resepi wadih kacang dal
  • masalodeh
  • resepi kuih masalodeh
  • resepi kuih masak lodeh
  • kuih masalodeh
  • kuih masak lodeh
  • kuih wadey

37 thoughts on “vadai ; wadey ; masalodeh

    1. kakngah Post author

      @ajumohit,

      sesekali nok… tu yg anak aku was2 jek bila cakap nak buat hihihi!!!!
      makan dgn sup?? cam pelik je…

      Reply
    1. kakngah Post author

      @akak su,

      kak, nak tanyo soklan sengal sikit.. nak bagi pedas, adunan tu gaul dengan cili giling ke??
      [sorok muka dalam baju]
      akak buat camne? mai habaq sikit.

      Reply
    1. kakngah Post author

      @el,

      tu la.. abem komplen masalodeh aku tu tambam bebenau….

      iyer?? ko buat la.. nanti aku tiru.

      kalau buh sosej yg ada inti cheese kat dalam dia tu, mesti sedap kan.. ish.. ngences dah nih!

      Reply
    1. kakngah Post author

      @kak erna,

      tu la kak.. sok nk buek podeh2 sikit. peh tu daun kari eh solai2. sebbaik pokok kari awam subur kek bawah tu..

      Reply
    1. kakngah Post author

      @tiefazatie,

      haih! tak boleh jadi nih! kene buat seken round egak. hak yg nipis2 pulak…

      Reply
    1. kakngah Post author

      @mak,

      tu la mak ooi…. aku toat ngn resepi kehkehkeh!! len kali boleh hiris cili padi. bagi terangkat podeh eh!
      aku suka kasar2 sikit camni. halus sangat, takde feel derap kacang dal tu..

      Reply
    1. kakngah Post author

      @Wanie,

      bebudak ni memang bab rajin bab yang tak disuruh. cuba benda yg disuruh, berpaksa nak buat….

      Reply
    1. kakngah Post author

      @Kak Long Mawar Merah,

      tu la kaklong.. 1 jenis makanan, macam-macam cara & resepi yg ada..
      kakngah biasanya pilih resepi yang mudah cari bahan & mudah juga cara buatnya….

      Reply
  1. Pingback: ini baru betul anak Supermak! | a cup of life a barrel of luv

  2. Pingback: vada | a cup of life a barrel of luv

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge